in ,

Katakan Pada Dia Nyanyian Iskandar & Jasper Supayah (OST Katakan Pada Dia)

ISKANDAR ZULKARNAIN, atau lebih mesra dikenali sebagai Iskandar Projector Band merupakan seorang vokalis yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair.

Dikenali dengan vokalnya yang tinggi dan nyaring, kali ini dia berjaya meriliskan sebuah lagu duet iaitu ‘Katakan Pada Dia’ bergandingan dengan seorang pelakon dan penyanyi berbakat, Jasper Supayah.

Iskandar sebelum ini telah melancarkan lagu solonya yang berjudul Indah Intan pada Mac yang lalu. Difahamkan,

Iskandar juga telah berjaya menempa nama bersama dengan Projector Band suatu ketika dahulu dengan kejayaannya yang bermula dengan lagu berhantu ‘Sudah Ku Tahu’ sehingga mampu membawa mereka ke Pentas Anugerah Juara Lagu ke 31 dan dinobatkan sebagai tempat ketiga. 

JASPER JAMES SUPAYAH, seorang wanita yang mempunyai talent besar dalam bidang lakonan dan nyanyian ini turut berbakat dalam bidang lain yang diterajuinya iaitu sebagai seorang TV Host dan juga pelakon dalam industri seni tanahair. Menerusi bidang nyanyian, Jasper pernah mencipta nama dengan menjadi salah seorang finalis dalam AXN ASIA’S GOT TALENT ‘Superstar Me’ 2014 dan berjaya menyertai Akademi Fantasia 2016.

Bukan itu sahaja, Jasper pernah mengacarakan beberapa rancangan televisyen seperti Host Kongsi Kembaraku (Travelogue). Dan lakonannya juga bukan biasa-biasa, dapat dilihat dirinya memainkan watak yang diberikan dengan cukup baik dalam beberapa drama dan filem yang dilakonkannya, antaranya Telemovie Kipas Belum Mati (Astro Citra,2018) dan Filem J Revolusi 2 / J Retribusi 2019.

Lagu berjudul Katakan Pada Dia ini dihasilkan sebagai Original Soundtrack (OST) bagi drama terbaharu terbitan Kalam Ariff Holdings Sdn Bhd yang bakal menerangi kaca televisyen akan datang, Drama Katakan Pada Dia. Drama bersiri 26 episod ini diadaptasikan daripada sebuah novel popular terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, Selendang Anum karya Prof. Dr. Lim Swee Tin. Sedikit sebanyak mengenai drama ini, ianya mengisahkan mengenai seorang gadis remaja berbangsa Cina bernama Yoke Lin yang mengharungi pelbagai cabaran dalam melibatkan diri dalam pementasan Melayu. Bagaimanapun itu tidak menjadi tembok penghalang buat dirinya, dan dia masih tetap kuat dalam memperkasakan perpaduan di kalangan penduduk kampungnya.

Drama Katakan Pada Dia arahan Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) ini menampilkan lakonan hebat Izzue Islam, Nina KSC, JC, Janet Khoo, Ooi Liang Chia, selaku watak utama turut dibantu oleh Amyza Aznan, Wanns Ahmad, Silfeny Osman, Hasmitha Selvam, Shazia Rozaini, Sugeindhiran dan ramai lagi.

Berdasarkan lagu yang telah dinukilkan oleh Lynnda Sharudin, Arisz Ab Rahman dan Jasper Supayah, lagu ini membawa makna yang tersirat dan begitu dalam.  Bersesuaian dengan plot cerita, lagu ini mengisahkan mengenai semangat dan usaha seorang anak dalam menegakkan sesuatu kebenaran, walaupun menerima tentangan daripada pelbagai pihak.

Usahlah berasa gentar dan khuatir kerana setiap insan di muka bumi ini semuanya sama sahaja. Walau sekuat mana cabaran dan ujian diberikan, dia tetap tidak akan berhenti mengalah dan menyeru agar insan lain turut menyahut sama perjuangannya itu. Walau apa pun yang bakal terjadi, kita tetap satu tanpa mengira warna kulit, agama, keturunan mahupun latar belakang seseorang.

Lagu yang telah diciptakan oleh barisan penulis berbakat di bawah MAP MUSIC ini mampu menarik minat ramai pendengar muzik tanahair kita. Hasil nukilan karya Lynnda Sharudin, Arisz Ab Rahman, Jasper Supayah yang berjaya ini maka terhasillah sebuah lagu rekaan khas untuk drama berjudul ‘Katakan Pada Dia’ yang bakal disenandungkan oleh Iskandar Projector Band & Jasper Supayah bagi OST Katakan Pada Dia tidak lama lagi.

Lagu: Jasper Supayah, Is Dz (Media Asia Production Sdn Bhd)

Lirik: Lynnda Sharudin , Arisz Ab Rahman, Jasper Supayah (Media Asia Production Sdn Bhd)

Iskandar Projector Band &Amp; Jasper Supayah - Katakan Pada Dia

(verse 1)

Sedalam luka larut dibuai cerita

Pilihan yang tak terima

Kau tahu aku pilu

Betapa sakit lukaku kerana itu

(verse 2)

Jangan kau terlalu rasa gundah

Hidup kan memberi erti cinta

Pada waktunya

Kau yang  istimewa

Pasti ada jalan penyudah

(chorus)

Katakan pada dia 

Cinta yang terluka

Katakan pada dia 

Aku yang merana

Katakan pada dia

Kita yang merasa

Cinta pergi (begitu saja)

(verse 3)

Genggam erat tanganku 

Jangan lepas lagi cintaku bersamamu

Ku tahu kau juga rasa yang sama

Akan ku pegang kata kata janjimu itu

Jangan kau terlalu rasa gundah

Hidupkan memberi erti cinta 

Pada waktunya kau yang istimewa

Pasti ada jalan penyudah

Katakan pada dia 

Jangan lepas lagi 

Katakan pada dia 

Saat ini dan selamanya

Katakan pada dia 

Kita sumpah setia 

Satukan hati kita selamanya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Sarah | 16

“Sampai Bila Nak Merana?” – Lufya Nasihat Puteri Sarah Fikir Diri Sendiri

Reborn Rich

Drama REBORN RICH Berjaya Atasi SKY CASTLE Kedua Tertinggi