in , ,

Drama REBORN RICH Berjaya Atasi SKY CASTLE Kedua Tertinggi

Drama Reborn Rich Berjaya Atasi SKY Castle Untuk Menjadi Drama Dengan Rating Kedua Tertinggi Dalam Sejarah TV Kabel

Drama JTBC Reborn Rich kini menjadi drama dengan rating kedua tertinggi dalam sejarah TV kabel. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), drama fantasi balas dendam yang dibintangi Song Joong Ki itu menyaksikan peningkatan rating yang mendadak menjelang minggu terakhir tayangannya. 

Episod baharu drama itu telah memperoleh purata rating sebanyak 24.9 peratus, lonjakkan ketara dari episod sebelumnya. 

Rating tersebut bukan sahaja menandakan yang terbaik untuk drama itu, malah Reborn Rich turut mengatasi penarafan penonton yang direkodkan SKY Castle, sekaligus menjadi drama dengan rating kedua tertinggi dalam sejarah TV kabel. 

Reborn Rich

SKY Castle mencapai rating tertinggi sepanjang siarannya semasa episod finale, dengan penarafan penonton sebanyak 23.8 peratus.

Reborn Rich kini hanya dibelakang drama popular tahun 2020, The World of the Married, yang kini masih memegang rating drama paling tinggi dalam sejarah TV kabel, dengan purata rating sebanyak 28.4 peratus. 

Dengan masih berbaki dua episod, yang akan disiarkan pada 24 dan 25 Disember, pemerhati industri tidak sabar-sabar menunggu untuk melihat sejauh mana Reborn Rich akan mencatatkan peningkatannya pada minggu terakhir.

Sementara itu, beberapa drama hari minggu terus bersaing dalam pengejaran rating. Episod terbaru drama Alchemy of Souls Part 2 telah mencipta rekod peribadi dengan purata rating 8.5 peratus.

Drama TV Chosun, Red Balloon menikmati peningkatan jumlah penonton pada episod kedua – walaupun berhadapan dengan saingan Alchemy of Souls Part 2 yang disiarkan pada waktu yang sama – dengan merekodkan purata rating sebanyak 4.5 peratus. 

Sumber: Soompi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iskandar Projector Band

Katakan Pada Dia Nyanyian Iskandar & Jasper Supayah (OST Katakan Pada Dia)

Dynas Mokhtar Selendang | 16

Sinopsis Drama Bersiri Nikah Cerai Rujuk Lakonan Dynas Mokhtar