in

Kat Mentor Gementar Pegang Watak Model Gedik

Rasanya ramai pembaca dah tahu, Kat Mentor atau nama sebenarnya, Siti Khatijah ini berlakon dalam drama Sayang Cendana di TV3. Walaupun baru pertama kali berlakon drama, Kat Mentor menerima banyak komen dan respon daripada peminatnya. Rata-rata akui bahawa Kat mempunyai bakat dalam bidang lakonan.

Walaupun suka dengan bidang lakonan, Kat Mentor masih lagi menjadikan nyanyian adalah karier utamanya. Tak pernah terniat dihatinya untuk bersara dari bidang nyanyian. Kat tak sasarkan untuk jadi popular walaupun popular itu penting untuk meraih sokongan daripada penggemar muzik. Namun, apa yang penting bagi Kat adalah minat yang mendalam membuatkan dirinya ingin mahu terus berjaya.

Kat adalah protege Siti Nurhaliza di Mentor musim ke-2. Ramai yang tak tahu Kat juga adalah adik ipar kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search. Sudah banyak kali, Kat dijemput dan menerima tawaran daripada Amy Search untuk menjayakan persembahan. Pada bulan Jun nanti, Kat juga akan menjayakan sebuah Konsert di Johor.

Menyentuh peran dalam drama Sayang Cendana, Kat mengatakan watak seorang model yang berlagak diva, egoistik dan sangat gedik agak suka baginya. Rasa berdebar dalam dirinya tak mampu diselindungkan lagi. Watak itu adalah bukan dari diri Kat dan Kat terpaksa buat homework di rumah.

Dah tonton drama Sayang Cendana? Apa komen anda?

Sinopsis Sayang Cendana
Sayang Cendana menceritakan percintaan antara manusia dan Puteri dari alam fantasi. Ia membawa mesej bahawa kesetiaan pada cinta lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya berdasarkan rupa. Buruk akibatnya sekiranya melanggar janji dan mengkhianati insan yang tercinta.

Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana lakonan Juliana Evans dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya. Cendana terpisah dengan dayangnya Donna lakonan Nadia Mustapha dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis itu dibeli oleh Amelia.

Amelia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas stor. Hakimi ialah seorang lelaki yang pemalas. Dia mengalami kecacatan di muka dan kakinya tempang sewaktu menyelamatkan kakaknya dulu. Amelia mahu buang patung Cendana tetapi Hakimi pula membawanya pulang. Sementara itu, Donna tidak pernah berputus asa untuk mencari Cendana.

Patung Cendana menjadi peneman Hakimi ketika bosan namun tanpa diketahuinya kasih sayang ikhlas Hakimi terhadap patung Cendana menghidupkan semula Cendana. Akhirnya, Cendana berubah menjadi manusia dan bercinta dengan Hakimi. Dengan kuasa magiknya, Hakimi berubah menjadi seorang lelaki yang tampan.

Hakimi berjanji akan menyintai Cendana dengan sepenuh hatinya. Namun, godaan seorang model, Risya lakonan Kat Mentor mula mempengaruhi Hakimi. Apakah pengorbanan Cendana akan membawa kebahagiaan kepadanya. Adakah Hakimi cinta sejati Cendana.

Drama 20 episod yang dilakonkan oleh Juliana Evans, Fezrul Khan, Nadia Mustapha, Intan Azura, Shajiry, Kat Mentor, Tony Eusoff, Kuman dan ramai lagi ini diterbitkan Pena Creatives Pictures dan diarahkan oleh Ismail Yaakob serta penghasilan skrip oleh Mazelan Manan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

8TV Umum 12 Top List Showdown 2010

Drama Da Bomba & Shah Jihan