in

Karnival Bakat My Gempak

Karnival Bakat My Gempak

Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali lagi dengan pencarian bakat anak Malaysia dan kali ini tampil dengan skala yang lebih meluas kerana usaha ini turut melibatkan kerjasama strategik dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Program ini pada masa sama mengangkat sisi berbeza program-program ujibakat yang banyak dianjurkan pelbagai pihak sebelum ini yang hanya membuka peluang kepada orang ramai mempamerkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian, tarian dan lukisan.

Logo My Gempak

Kreativiti dan idea segar diketengahkan pihak RTM dan JKKN ini direalisasikan menerusi program “Karnival Bakat My Gempak” yang merangkumi tiga program tonggak iaitu … Mimpi Ke Bintang, My Ekspresi dan Lantai Cilik yang membuka penyertaan kepada orang ramai. Ianya mencungkil bakat luar biasa dan kreatif juga menggilap bakat tarian di kalangan remaja dan kanak-kanak.

Konsep baru … Mimpi Ke Bintang yang membuka peluang pencarian bakat lawak jenaka, akrobatik, silap mata, bermain alat muzik yang unik, kebolehan kreatif mencipta sesuatu, kepantasan luar biasa, kebolehan luar biasa anggota tubuh / minda, formasi kreatif, kebolehan meniru bunyi / suara, keberanian luar biasa dan lain-lain yang sesuai untuk tontonan umum.

Kelainan program … Mimpi Ke Bintang dilihat daripada proses ujibakat yang diadakan secara langsung dan kelebihan diberikan kepada peserta kerana dibenarkan membawa artis idola untuk membantu persembahan mereka. Peserta ujibakat turut diberikan kebenaran menggunakan media baharu dalam persembahan mereka, membawa bahan atau membuat klip video promosi sendiri.

Program sebanyak 16 episod ini bakal memulakan siaran pengenalannya pada 6 Oktober 2012, setiap Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran TV2. Format ujibakat ala ’60 sec to fame’ ini menawarkan hadiah menarik turut ditawarkan kepada penonton di rumah yang bertuah.

My Ekspresi pula mencari pelapis penggiat seni tanah air khususnya dalam bidang muzik dan tarian pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Program ini dilihat dapat memberi pilihan baru kepada penonton TV di mana seni budaya muzik dan tari yang lebih kreatif dan artistik dipertontonkan. Program realiti TV ini membuka penyertaan kepada remaja berumur 18 hingga 30 tahun yang berbakat dalam mencipta Koreografi Tarian Tradisional & Komposer Muzik Tradisional. Sisi berbeza program ini ialah apabila dalam setiap episod siarannya akan mengetengahkan jenis kebudayaan yang berlainan.

Golongan cilik berumur di bawah 12 tahun juga berpeluang menggilap bakat dengan menyertai ujibakat Lantai Cilik, sebuah rancangan memilih peserta berbakat dalam bidang seni tarian tradisional, kontemporari dan eksperimental (inovasi) secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli dan sekurang-kurangnya seorang ahli kumpulan bukan Melayu.

Ujibakat di seluruh Malaysia diadakan di 6 Zon berbeza bermula di Kompleks JKKN Terengganu (1 hingga 6 Oktober 2012), RTM Alor Setar Kedah (8 hingga 13 Oktober 2012), RTM Kuching Sarawak (15 hingga 20 Oktober 2012), Kompleks JKKN Melaka (5 hingga 10 November 2012), Kompleks JKKN Sabah (3 hingga 8 Disember 2012) dan lokasi terakhir di RTM Seremban, Negeri Sembilan (10 hingga 15 Disember 2012). Proses ujibakat dikesemua lokasi bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Lantai Cilik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Julia TV3

Astro Tutor TV Tutorial Online Secara Langsung