in

Astro Tutor TV Tutorial Online Secara Langsung

ASTRO TUTOR TV MEMBAWAKAN TUTORIAL DALAM TALIAN SECARA LANGSUNG
Pelajar PMR kini boleh menghantar soalan menerusi tutorial secara langsung dalam YouTube!

Astro Tutor TV akan menyediakan satu tutorial dalam talian secara langsung dalam YouTube pada jam 3 petang pada 29 September. Hal ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bakal menjawab soalan-soalan yang mencabar dalam peperiksaan PMR yang akan datang.

Para pelajar boleh menghantar soalan-soalan sebelum 28 September menerusi laman Twitter, Facebook dan Google+ dengan menggunakan ‘hashtag’ #AskTutorTVPMR. Soalan-soalan terpilih akan dijawab oleh panel Astro Tutor TV’s pada hari Sabtu ini melalui Google+ Hangout on Air yang membolehkan anda menyaksikan tutorial dalam talian secara langsung dalam laman Youtube Astro Tutor TV iaitu www.youtube.com/astrotutortv.

Inovasi Astro Tutor TV menggunakan tutorial dalam talian secara langsung ini ialah inisiatif pertama di Malaysia dan akan membawakan lima subjek PMR iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Sejarah. Bagi maklumat lanjut tentang tutorial dalam talian Astro Tutor TV, sila layari www.tutortv.com.my.

Jika anda mempunyai sebarang soalan untuk ditanya, sila hantarkan soalan anda sekarang dan saksikan tutorial dalam dalam secara langsung di laman Youtube Astro Tutor TV Sabtu ini, 29 September pada jam 3petang. Semoga berjaya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Bakat My Gempak

Chance To Win Tickets To Bigbang’s Sold Out Concert