in ,

Karen Kong dan Jin di Majlis Pelancaran My Shoutout Pacmee

Penyanyi kelahiran Sabah, Karen Kong dan Jin saling mengaktivasikan Shoutout sesama sendiri di majlis pelancaran Pacmee yang diadakan 19 Oktober 2007 di Magical Theatre Restaurant, Sunway. Pengacara majlis telah mengaturkan suatu sesi khas di mana Karen dan JiN diajak untuk mengikuti Shoutout masing-masing. Kedua-dua artis bersetuju dan menjawab dengan seruan penuh keyakinan “I Do”. Dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing, mereka menaip dan hantar “username” masing-masing untuk mengikuti Shoutout sesama sendiri secara rasmi.

Portal rangkaian sosial www.pacmee.com melancarkan secara rasmi servis portal rangkaian sosial SMS yang pertama, iaitu myShoutout. Untuk pengetahuan korang, myShoutout adalah berdasarkan konsep Peribadi, Pengiklanan dan Komunikasi (“Personalization, Advertisement and Communication” atau “PAC”) dan merupakan alat komunikasi yang sangat ringkas, senang digunakan dan murah. Jikalau anda merupakan seorang pemuda atau pemudi yang gemar menggunakan sms, anda patut cuba myShoutout kerana ia merupakan cara komunikasi yang sangat murah dan mampu menghantar mesej yang sama kepada banyak orang. Anda cuma perlu bayar berdasarkan berapa Shoutout yang anda hantar, tidak kira berapa orang yang akan menerima mesej Shoutout anda. Anda akan dicaj RM0.50 untuk 10 Shoutout. Setiap pengikut pula cuma dicaj RM0.25 setiap bulan untuk mengikuti seseorang dan akan menerima semua Shoutout orang yang diikutinya.

myShoutout yang direka khas untuk kegunaan orang ramai telah mencarikan 2 orang artis untuk menjadi artis pertama di Asia untuk mengaktivasikan dan menggunakan servis ini. Semasa persidangan media untuk pelancaran Pacmee, Karen yang terkenal dengan lagunya “Cinta Hello Kitty” dari album pertamanya bertajuk “Mulakan”, telah mempersembahkan lagu barunya berjudul “Biao Yan” (“Persembahan”). Lagu ini akan disertakan di dalam album barunya yang bakal dikeluarkan ke pasaran tidak lama lagi. Karen menyeru supaya peminat-peminatnya menyokong dan membeli album terbarunya. JiN yang merupakan seorang penyanyi berbakat, yang juga mengubah lagu dan mencipta video muzik sendiri pula mempersembahkan lagunya yang berjudul “Ai Ni Feel So Good” (“Aku Cinta Padamu Feel So Good”) yang dipengaruhi unsur latin. JiN menyatakan bahawa dia telah mencipta sebuah lagu baru khas untuk myShoutout.

Setelah menggunakan myShoutout, Karen berpendapat bahawa servis ini sangat menarik dan comel kerana asalkan anda mempunyai telefon bimbit anda mampu menghantar Shoutout kepada semua kawan-kawannya untuk berkongsi perasaannya. Dia juga berasa sangat gembira dan terharu apabila mendapat maklum balas daripada peminatnya sejurus selepas menghantar Shoutout. Bagi JiN pula, menjadi artis yang masih baru kepada industri hiburan kadang kala akan menerima tekanan besar tetapi dengan myShoutout, peminat-peminatnya banyak memberi mesej sokongan kepadanya dan ini telah menolong untuk mengurangkan tekanannya itu. Apabila Karen dan JiN ditanya kalau ada peminat-peminat yang menggangu mereka dengan servis ini, kedua-duanya menjawab bahawa peminat-peminat mereka tidak pernah menggangu mereka malah JiN menambah lagi bahawa peminat-peminatnya sangat penyayang. Apabila dia berasa kurang sihat, ada sesetengah peminat-peminatnya yang akan bertanya khabar dan menyuruhnya supaya lebih banyak berehat.

Dipilih oleh syarikat Pacmee sebagai artis wanita pertama di Asia untuk mengaktivasikan myShoutout, Karen sangat gembira dan berharap agar lebih banyak lagi peminat akan mengikuti Shoutoutnya. Karen berpendapat bahawa teknologi ini sangat menarik dan unik kerana dapat digunakan asalkan mempunyai telefon bimbit di sisinya. JiN berasa sangat syukur dan gembira kerana myShoutout telah membantunya dengan peminat-peminatnya menjadi kawan, dan ini membolehkan mereka menyokong sesama sendiri serta memupuk hubungan yang lebih erat.

[tags]karen kong, jin, myspace karen, website artis malaysia, indonesia friendster hot sexy, profile karen kong, profile jin, gambar pelancaran maxis, myshoutout pacmee, pacmee.com, budiey pacmee, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Raub, Sidek Abd Rahman, Fauziah Gous profile. Badan Pencegah Rasuah, malaysian celebrity, Laporan Ketua Audit Negara[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kwek Mambo Anita Sarawak: Antara Glamor & Ragam Selebriti

Album Terbaru Krisdayanti 2007 & Gambar Kulit Album Krisdayanti