in ,

Album Terbaru Krisdayanti 2007 & Gambar Kulit Album Krisdayanti

Krisdayanti atau terkenal dengan KD; isteri kepada komposer dan pencipta lagu Anang Hermansyah telah melahirkan album solo terbarunya bertajuk Krisdayanti. Saya sudah mendengar kesemua lagu dalam album ini dan ternyata berpuas hati dengan buah tangan terbaru bekas juara Asia Bagus musim pertama ini. Banyak lagu yang sedap dengan irama pop yang lebih segar. Selain lagu hits, I’m Sorry Goodbye, saya suka dengan kerancakan lagu Salah Tingkah, Setia Pada Satu Cinta dan Bidadari.

1266750587 1B8E440C3F | 4

Lagu pop berentak perlahan yang syahdu syahdan memang menjadi umpan untuk peminat memiliki lagu ini. Nikmati lirik dari lagu Kurnia yang menuntut satu harapan untuk hidup bahagia dan rukun damai bersama yang tersayang. Sementara lagu Kaum Hawa juga begitu syahdu dalam irama yang menceritakan tentang sebuah cinta terlarang. Bagaimana perasaan apabila terjebak dengan percintaan dengan suami orang dipersembahkan dengan penuh penghayatan oleh ikon yang menjadi antara penyanyi paling kaya di Indonesia ini.

Terdapat sebuah lagu yang diberi nafas baru iaitu lagu yang pernah dipopularkan oleh Nora berjudul Di Persimpangan Dilema. Menerusi gubahan muzik yang terkini, Irama dangdut dan kontemporari diadunkan dengan lebih baik dan begitu teliti agar ketulenan lagu asal masih lagi dapat dinikmati. Gaya Krisdayanti agak berbeza dan beliau berjaya membawa rencah vokal yang menawan dalam lagu ini.

Saya kira dengan mempertaruhkan ciptaan cemerlang daripada Melly Goeslaw dan Anto Hoed, sudah tentu album antara yang semestinya dimiliki oleh peminat Krisdayanti.

Untuk single pertamanya, Krisdayanti memilih lagu I’m Sorry Goodbye yang sudah dibuat klipnya, serta lagu Bidadari.

Senarai lagu yang ada di dalam album Krisdayanti 2007:

1.  Bidadari 
2.  Di Persimpangan Dilema 
3.  Disisimu Selamanya 
4.  I’m Sorry Goodbye 
5.  Kaum Hawa 
6.  Kurnia 
7.  Aku, Engkau & Mama 
8.  Perasaan 
9.  Salah Tingkah 
10.  Setia Pada Satu Cinta

Rating Sensasi Selebriti: 7/10

Terbaru, Krisdayanti akan berduet dengan Ajai dalam lagu Perlu Kamu yang menjadi lagu tema filem 1957: Hati Malaya.

Saya suka juga dengan gambar potret Krisdayanti yang dirias dalam pelbagai gaya. Melambangkan beliau ini seorang diva glamour dan sentiasa elegan dalam bergaya. Kulit album ini adalah yang tercantik setakat ini kerana KD tampil cantik dan sangat anggun dengan solekan mulus serta grafiknya tampak kemas.

1267626536 B8E84275Dd | 5

1267632116 D70A51001D | 6

1266758335 9Bbeab4Cf1 | 7

Sudah miliki album terbaru Krisdayanti? Apa kata anda?

[tags]krisdayanti, album terbaru krisdayanti, peminat KD, senarai lagu krisdayanti, lirik krisdayanti songs, youtube klip video krisdayanti, melly goeslow photos, profile krisdayanti, anto head, radenafe, composer gossip, numata lelaki ini, Bidadari, Di Persimpangan Dilema, Di sisimu Selamanya, I’m Sorry Goodbye, Kaum Hawa, Kurnia, Aku, lirik Engkau & Mama, malay bolih, Perasaan, lirik Salah Tingkah, real malaysian sex sory, lagu Setia Pada Satu Cinta, download album krisdayanti, kimi raikkonen wedding, muatturun mp3, 3gp files download, lagu indonesia, isu lagu indon radio, tips maju hidup, buku krisdayanti[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karen Kong dan Jin di Majlis Pelancaran My Shoutout Pacmee

Hayden Panettiere – Heroes Actress Has Cellulite!