in

Kakaotalk Kini Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasmi

Pada 22 Januari lalu, hari Rabu, Budiey berkesempatan untuk menghadiri Pelancaran KakaoTalk Malaysia di The Bee, Publika. Acara pelancaran rasmi aplikasi terkenal pada petang itu sangat meriah, okay! Siap ada aktiviti menarik, persembahan artis dan kami dibawa menaiki kereta semasa sesi Epic Together-Gether Ride di mana ada empat persinggahan di mana kami menyaksikan empat gimik pelancaran yang berbeza. Sangat happening!

Sekarang ini, siapa yang tak kenal KakaoTalk, salah satu platform social di telefon bimbit terunggul dan digelar sebagai The Smart Connecter di seluruh Korea Selatan. Budiey biasanya guna untuk hantar mesej dan chit-chit dengan kawan-kawan. Uniknya KakaoTalk ialah kita dapat buat call atau chit-chat secara kumpulan, buat reminder atau jadual dan boleh juga berfungsi sebagai Walkie-Talkie. Hebat kan?

Aplikasi KakaoTalk ini boleh didapati secara PERCUMA dengan memuatturun ke dalam telefon bimbit anda.

Kakaotalk Dilancarkan Di Malaysia

Kini, KakaoTalk telah menerajui revolusi teknologi berkomunikasi di mana telah menukar cara kita berhubung dengan rakan, kenalan dan sesiapa sahaja termasuklah selebriti, jenama, filem dan personaliti terkenal.

Budiey sudah pun download dan ternyata kini Budiey menjadi pengguna setia KakaoTalk. Budiey suka guna KakaoTalk sebab boleh berkomunikasi dengan selebriti secara langsung, ada emoticons yang cantik dan cute. Tidak lupa, KakaoTalk juga menyediakan macam-macam games untuk pengguna Android atau sistem operanti iOS.

Kakaotalk Dilancarkan Di Malaysia

KakaoTalk kini menawarkan beberapa ciri-ciri hebat untuk digunakan untuk pengguna di Malaysia. Antaranya:

Plus Friend
Direka khas untuk memudahkan pengguna memilih dan menerima isi kandungan yang berkaitan dengan jenama kegemaran mereka, syarikat, produk dan personaliti serta selebriti terkenal.

Emoticons
Budiey tengok ada banyak emoticons yang cantik-cantik. Korang mesti suka! Tak caya, cuba guna dulu!

Games
Mempunyai sokongan untuk alat peranti mudah alih atau telefon bimbit pintar samada Android dan iOS, Kakao Game direka khas untuk pengguna yang suka bermain game bersama rakan di platform KakaoTalk. Selain dapat berborak-borak, dapat pula main game. Havoc ke tak?

Jadi, untuk anda semua, apa tunggu lagi, download la sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Grammy ke-56

Gambar Sekitar Pelancaran Kelab Peminat Asfanatics