in ,

Berikut Senarai Filem Animasi Tempatan Paling Ditunggu-Tunggu di Tahun 2021

Tahun 2019 adalah tahun kegemilangan industri animasi Malaysia berikutan kejayaan besar tiga buah filem animasi tempatan iaitu “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal”, “BoBoiBoy Movie 2” dan “Ejen Ali The Movie” yang bukan sahaja meraih kutipan puluhan juta, malah berjaya meraih pelbagai anugerah dalam dan luar negara.

Bagaimanapun pada tahun ini iaitu 2020 tiada filem animasi yang ditayangkan di pawagam berikutan dunia dilanda pandemik dan sebuah filem animasi tempatan yang dijadualkan ditayangkan pada tahun ini terpaksa ditunda. Namun pada tahun hadapan beberapa filem dan siri animasi terbaru bakal menemui penonton. 

Berikut senarai beberapa animasi terbaru yang anda patut tonton pada tahun hadapan.

Mechamato Movie

Bagi peminat “BoBoiBoy” sudah pastinya ramai yang tidak sabar mahu menonton animasi terbaru Animonsta Studio iaitu “Mechamato” yang pada mulanya mahu dijadikan siri terlebih dahulu sebelum mengangkatnya di layar perak, namun kemudian telah mengubah keputusan untuk memperkenalkan watak Mechamato menerusi filem sebelum beralih ke siri.

Apabila Animonsta Studio atau lebih dikenali sebagai Monsta mengumumkan tayangan filem animasi “Mechamato Movie” ramai peminat teruja dan tak sabar menanti tayangannya.

Bagaimanapun filem animasi yang sepatutnya ditayangkan pada tahun ini (2020) terpaksa ditunda akibat pandemik COVID-19 sekaligus menjejaskan sedikit perancangan asal Monsta. Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif Monsta iaitu Nizam Razak berkata mereka akan tetap menayangkan filem “Mechamato Movie” pada tahun depan. 

Bagi yang tidak mengikuti siri atau filem animasi “BoBoiBoy”, animasi “Mechamato” adalah prekuel kepada “BoBoiBoy” yang mana ia berkisarkan mengenai bapa BoBoiBoy ketika waktu kecil sekaligus menjawab persoalan ramai mengapa BoBoiBoy dijaga oleh Tok Abah.

Ejen Ali The Movie 2

Filem animasi “Ejen Ali The Movie” pertama terbitan Wau Animation ini berjaya meraih kutipan luar biasa apabila berjaya meraih kutipan lebih RM30 juta. Sama seperti animasi tempatan yang lain, “Ejen Ali” mula mengecapi populariti menerusi siri animasi yang ditayangkan di televisyen sebelum ia diangkat ke layar perak.

Selepas tayangan filem pertama, ramai peminat yang teruja dan tidak sabar menanti sekuel filem itu namun tiada sebarang berita mengenai perkara itu sehinggalah genap setahun tayangan filem itu di pawagam apabila Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation yang juga pengarah Usamah Zaid Yasin memuat naik poster ‘teaser’ “Ejen Ali The Movie 2”.

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai filem kedua ini, tetapi berdasarkan kenyataan ringkas itu memberi bayangan bahawa mereka kini sedang dalam proses pembikinan animasi kedua itu dan dijangka akan menemui penonton pada tahun depan.

Kring!

Selepas mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa iaitu merangkul anugerah Filem Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Du Sur Les Handicap 2020 di Lyon, Perancis, studio animasi yang bertanggungjawab dalam menghasilkan animasi “Kring!” iaitu Brainy Bones Studios rancang untuk terbitkan filem animasi bertaraf antarabangsa tidak lama lagi.

Untuk merealisasikan impian mereka itu, Pengarah Urusan Brainy Bones Studios iaitu Hilmi Ismail berkata mereka akan menggunakan kepakaran juruanimasi bebas dari seluruh dunia. Bagaimanapun butiran lanjut mengenai filem animasi itu belum didedahkan buat masa ini. 

Bagi anda yang tidak mengetahui mengenai animasi “Kring!”, ia berkisarkan mengenai seorang guru bernama Suraya yang membantu seorang murid bernama Mael bin Sulaiman yang mempunyai masalah disleksia.

Buat masa ini hanya tiga buah filem animasi yang sudah diketahui berkemungkinan besar akan ditayangkan pada tahun hadapan dan tiada projek terbaru daripada studio animasi terkenal tanah air iaitu Les’ Copaque untuk muncul dengan filem terbaru selepas muncul dengan “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal”.

*Sumber: Cinema Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Niqab 2020 | 19

“Kak Lofa Pernah Nangis Sebab…” – Athisha Khan Akhirnya Dedah Kisah Lama Neelofa

Tim Cook Apple | 20

iPhone 12 Adalah Telefon 5G Paling Laris Dijual Untuk Pasaran Global