in , ,

Kael Finalis Lagu Cinta Kita 2 Tampil Dengan Lagu ‘CINTA JATUH’

Michael Lean Chien Er, 32 tahun atau lebih dikenali dengan nama Kael merupakan pemenang tempat keempat bersama pasangan duetnya Evie dalam program realiti Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) terbitan TV3. Penyanyi berdarah kacukan Cina dan Siam ini telah melancarkan lagu terbaharunya berjudul CINTA JATUH.

Cinta Jatuh merupakan hasil kreatif penggubah dan penulis lirik terkenal tanah air iaitu Audi Mok dan Shazee Ishak. Lagu ini menceritakan tentang dua insan yang telah jatuh cinta tanpa disedari, bak kata pepatah “cinta pandangan pertama”! Perasaan cinta itu membuatkan masing-masing mengelamun dan sekaligus boleh membuatkan diri kita berubah. 

Kael Finalis Lagu Cinta Kita 2 Tampil Dengan Lagu ‘CINTA JATUH’

Menurut Kael, “Cinta adalah sesuatu yang indah. Namun cinta itu juga boleh menjatuhkan dan membangkitkan seseorang. Pastinya cinta itu adalah pengembaraan yang indah. Setelah sekian lama kael tidak merasa jatuh cinta, tetapi berapa minggu sebelum rakaman di jalankan Kael telah suka dan jatuh cinta pada seseorang. Jadi, semasa rakaman dijalankan Kael masukkan sekali elemen perasaan tu ke dalam lagu ini dan diharapkan pendengar dapat merasakan juga apa yang Kael rasakan. Semasa penggambaran muzik video pula, Kael banyak luangkan masa dengan pelakon tambahan untuk dapatkan lebih persefahaman sebelum penggambaran dijalankan. Kael berpuas hari dan gembira dengan lagu dan muzik video ini. Diharapkan juga agar semua pendengar dapat menerima dan memberikan sokongan terhadap lagu ini.“

Cinta Jatuh juga merupakan runut bunyi kepada drama “Mr. Bibik” yang akan disiarkan pada 29 Oktober ini menerusi slot Akasia pada pukul 7.00 malam. Lagu Cinta Jatuh ini dilihat amat sesuai dengan drama 20 episod ini kerana ceritanya juga menyentuh tentang percintaan pandang pertama di samping pelakon-pelakon popular antaranya Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Liza Abdullah, Syazuwan Hassan, Dayang Areeda, Balkisyh Semundur Khan dan Wanns Ahmad.

Lagu Cinta Jatuh ini sudah boleh mula didengari di semua pelantar digital kegemaran dan muzik video boleh di tonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents.

Kael Finalis Lagu Cinta Kita 2 Tampil Dengan Lagu ‘CINTA JATUH’

Turut disertakan ialah lirik lagu Cinta Jatuh.

Artis: Kael

Tajuk : Cinta Jatuh

Komposer/Penulis lirik: Shazee Ishak, Audi Mok 

Verse 1

Persatuan yang dipaksa

Mungkin ini akar

Kisah kita

Mulanya hina

Tukar jadi suka

Suka jadi cinta

Sama-sama

Pre Chorus

Berita edisi baru

Kawan-kawan semua tahu

Berita aku suka

Suka padamu

Kau pun begitu

Chorus

Kau buat ku jatuh

Jatuh jatuh

Sampai ku tersungkur

Tak sangka

Sejak kau tiba

Tiba-tiba ku terasa

Cinta cinta jatuh

Kau buat ku jatuh

Jatuh jatuh

Sampai ku tersungkur

Tak sangka

Sejak kau tiba

Tiba-tiba ku terasa

Cinta cinta jatuh

Jatuh ke riba

Verse 2

Perakuan tak dijangka

Mengubah dunia

Kita dua

Kata merisik

Mula dari bisik

Kita dah tertarik

Siapa duga

Pre Chorus & Chorus

Bridge

Makin laju

Degup degup

Jantung

Tak terdaya

Tak terdaya ku

Makin rindu

Bila bila kamu

Tak di sisi

Tak di sisi ku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gandingan Ain Edruce & Kamal Adli Dalam LAGU CINTA KITA Musim Ketiga

Bandingkan diri dengan Mamat Khalid, Sekali Warganet Tampil Bidas Kenyataan Aziz M Osman