in , ,

Tingkatkan Prestasi Permainan Dengan KachiShop, Rujuk & Dapat!

Kini tersedia di Malaysia, Kachishop menawarkan pembelian barangan di dalam permainan mudah alih. Dapatkan berlian percuma dengan promosi terhad ‘Rujuk dan Dapat’ KachiShop.

Adakah anda bersedia untuk meningkatkan prestasi permainan anda? KachiShop, sebuah platform global yang membolehkan pemain membeli barangan dalam permainan mudah alih, telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Platform dalam talian ini menawarkan tambah nilai eksklusif serta promosi dan tawaran hebat, sesuai untuk meningkatkan prestasi permainan anda.

Sempena pelancaran ini, KachiShop mengadakan promosi khas Rujuk dan Dapat mulai sekarang hingga 22 April 2022. Pengguna berpeluang memperoleh sehingga 2,196 berlian di Mobile Legends: Bang Bang apabila mereka merujuk rakan ke KachiShop.

Setiap rujukan yang berjaya membolehkan pengguna baharu menerima kupon diskaun sebanyak 50% untuk digunakan di KachiShop. Selain itu, pengguna baharu akan menerima 70 berlian apabila membuat transaksi kali pertama. Dapatkan 2,196 berlian percuma setelah membuat 20 pembelian yang berjaya melalui pautan rujukan!

Tingkatkan Prestasi Permainan Anda Dengan KachiShop

KachiShop menawarkan pelbagai tawaran tambah nilai dalam permainan mudah alih. Dengan KachiShop, pengguna berpeluang menerima diskaun sehingga 26% untuk pembelian mereka. Pengguna juga boleh membeli barangan daripada permainan mudah alih popular seperti Mobile Legends: Bang Bang, PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile dan State of Survival.

Melalui Kachisop, pengguna akan menerima pembelian mereka terus ke akaun permainan mereka sebaik sahaja pembayaran dibuat. Pembelian boleh dibuat dengan mudah melalui aplikasi pembayaran yang dipercayai di Malaysia termasuk Touch ‘n Go eWallet, GrabPay dan Boost eWallet.

Keselamatan adalah keutamaan utama untuk KachiShop. Dengan kerjasama permainan mudah alih popular seperti Mobile Legends: Bang Bang, dan Xiaomi, salah satu jenama telefon pintar global terkemuka, KachiShop memastikan setiap transaksi adalah selamat dan terjamin.

Dengan sokongan besar di sebalik jenama, KachiShop ialah sebuah platform paling dipercayai seluruh dunia. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah, Kachishop menyediakan sokongan dalam talian 24 jam dengan setiap kes dinilai oleh pasukan pakar.

2 Promosi khas Rujuk dan Dapat ini hanya sah untuk Mobile Legends: Bang Bang, dari 15 Mac hingga 15 April 2022.

***

Tentang KachiShop

KachiShop adalah sebuah platform global oleh Xiaomi Corporations yang membolehkan pemain membeli barangan dalam permainan mudah alih. Bermula dari tahun 202, KachiShop kini boleh didapati di lima negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Rusia dan Brazil. 

KachiShop menyediakan tawaran eksklusif kepada pengguna untuk tingkatkan prestasi permainan mereka pada permainan mudah alih popular seperti Mobile Legends: Bang Bang, PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile, State of Survival dan banyak lagi.

Layari https://www.kachishop.com/my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tip Cara Hidup Sihat Marsha Bersama Selebriti Dalam DIARI FIT & FIGURA

Jom Tonton Ulangan Video Penuh Acara Samsung Galaxy A Event 2022