in

Jurnal Budiey: Media Invite & Fesyen Baju Raya

Media Invite
Sebuah syarikat pengeluar filem yang pernah memecah rekod jualan box office Malaysia dengan sebuah filem seram telah melayangkan jemputan untuk menghadiri satu majlis berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim di sebuah restoran. Satu lagi usaha yang murni lagi molek saya kira. Bukan untuk meraih publisiti jauh sekali untuk bermegah-megahan tetapi inilah bukti mensyukuri dengan menabur budi. Sewaktu dengannya juga, satu majlis kesyukuran sempena Doa Selamat Tamat Pengambaran Filem I’M Not Single bersama Anak-Anak Yatim Darul Kifayah. Oh, bila mengetahui filem I’m Not Single, kemungkinan besar anda tahu syarkat pengeluar filem mana dan di bawah arahan siapa yang saya maksudkan. Budiey akan ke sana ditemani Rizal, seorang pembantu pengarang dan wartawan Sensasi Selebriti yang tidak berkira dan sangat mudah untuk diajak ke mana sahaja. Mujurlah ada Rizal… dia juga banyak membantu membangunkan blog Sensasi Selebriti dengan menghadiri acara dan sidang media sebagai wakil Budiey.

Fesyen Raya Rekaan Salikin
Oh ya, Budiey nak berterima kasih kepada Affanazami dan beberapa pembaca yang bagi respon pasal kat mana lokasi butik Salikin. Ini dia Budiey mahu tunjukkan gambar yang dirakam dari Majalah Eh! tu… Baju rekaan Salikin ini adalah baju kain tenun Terengganu berharga RM180 yang dikalung dan diseri dengan aksesori Dokoh bernilai RM230. Fuh! Mahalnya dokoh tu lebih mahal daripada bajunya. Baju macam tu memang rasa murah. Tapi tak tahulah mutu kain dia camna. Nak kena pergi tengok dulu kan? Tengok pada warna tu dah berkenan sangat-sangat.

Digayakan oleh Tuah Iskandar. Sekali pandang macam Fazli Zainal je muka DJ Suria FM nih kan?

 

Ini pula gambar Shawal memperagakan fesyen daripada butik British India. Kemeja putih tu harga dia dalam RM799 dan celana kain kapas tu harganya RM379 dan Shawl yang dililit kat leher tu harganya RM279. Memang nampak biasa sahajakan? Tetapi tengoklah harga dia. Mahalnya… memang saya tak mampulah.

Duit Raya Untuk Korang
Okaylah… raya dah nak dekatkan? Bagaimana cuti korang dah lulus ke? Korang beraya kat mana? Balik kampung ke atau menangis tak berlagu kat KL? Budiey akan pulang ke Kelantan pada 10 Oktober ni. Selama seminggu berada di kampung sudah tentu tidak memungkin saya mengemaskini blog ini. Namun, beberapa entri dan cerita sudah saya siapkan untuk bekalan korang beraya nanti. Hahaha…  Dan korang semua dijemput untuk datang ke rumah pada hari raya nanti. Hahaha, kalau tak larat datang ngan bas, tempahlah tiket Air Asia… duit boleh claim… claim ngan insuran, boleh?

Kalau korang datang, sure dapat duit raya punya… ini dia sampul duit raya pun dah ada ni untuk korang. Sampul je la, kat dalam takde isi. Muahahaha.

Sampul raya CIMB pemberian ofismate. Thanks bro!

Sekarang Budiey tengah tengok Program Temubual Jangan Tidur Lagi dengan tetamu Norlia Ghani dan Jehan Miskin. Mmm… apa yang menarik tak tahu la…

Sekian sahaja coretan untuk malam ini. Jumpa lagi pada malam esok.

Wassalam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photo Britney Spears Got Her License!

Kad Raya Elektronik, Ringtones Lagu Raya & Free Eid Mubarak Card