in

Gambar Aznil Hj Nawawi & Rafidah di Sidang Media Clever!

Pengacara terkenal, Aznil Hj Nawawi mengorak langkah setapak lagi apabila menjadi pengacara kepada sebuah program TV terbaru yang berbentuk pendidikan sains. Semalam, Budiey sempat bertemu dengan Aznil di Sidang Media Clever!, sebuah program TV di Astro TVIQ. Aznil dibantu oleh pengacara 3R, Rafidah yang membawa peranan sebagai seorang saintis. Kata Aznil, bukan senang untuk mengendalikan program ini kerana ia melibatkan kepada fakta sains.

Program TV ini akan menemukan dua buah sekolah bersaing antara satu sama lain untuk meneka prinsip sains di sebalik fenomena tertentu. Ia juga menjemput beberapa orang selebriti terkenal seperti Mila AF5, Dafi, Yasmin Hani, Azrul, Reshmonu, Imuda, Zizan dan ramai lagi.

Clever! adalah program TV yang berasal dari Jerman, negara lahirnya ramai penyelidik dan saintis tersohor. Clever! akan bersiaran pada setiap Ahad, jam 11 pagi bermula dari 26 September sehingga 19 Disember 2010 di ASTRO IQ – saluran 552.

Sempena dengan pelancaran program ini, Astro akan mengadakan Karnival Sains Clever! yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kelantan dan Kota Kinabalu dan ia terbuka kepada umum.

Rafidah & Aznil

Rafidah

Rafidah

Aznil

Aznil

_DSC0042

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kereta Nissan Fairlady Shahir AF8 Kemalangan

Jue Aziz Jadi Pengacara Anggun Aromaterapi