in ,

Juara Sehati Berdansa Vanidah Imran & Rashidi Ishak

Tahniah kepada Vanidah Imran dan Rashidi Ishak kerana telah memenangi program realiti TV, Sehati Berdansa Peringkat Akhir yang berlangsung semalam 29 Disember 2007 di PICC Putrajaya. Menewaskan pasangan Anne Wafi yang hanya menang sorak namun persembahan mereka mendapat standing ovation dan tepukan yang lebih gemuruh berbanding pasangan Vanidah – Rashidi yang menerima 62% undian SMS dan hanya 38% berpihak pada pasangan Anne – Wafi.

Wah! Nampaknya tahun 2007 adalah tahun paling bertuah dan bermakna bagi Vanidah kerana banyak menerima Anugerah dan kemenangan. Memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 20 hasil lakonannya dalam The Red Kebaya, juga kemenangan berganda diraikan di Anugerah Skrin untuk Pelakon Wanita Terbaik Filem. Tahniah Vanidah!

Hadiah Bernilai & Bonus Dumex
Sekaligus pasangan Vanidah-Rashidi membawa pulang sebuah kereta BMW mini 1 (1.4), pakej bulan madu ke Paris dan trofi Sehati Berdansa. Semuanya bernilai RM200.000! Sekaligus memberikan bonus kepada kareografer Sazlan untuk membolot hadiah pakej percutian ke Paris dan trofi Sehati Berdansa yang kesemua hadiah bernilai RM8,000. Rumah kebajikan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia pula menerima wang tunai berjumlah RM15,000 dan ditambah dengan sumbangan Dumex sebanyak RM10,000. Vanidah kan duta Dumex dan berita gembira ini diberitahu ketika sidang media semalam. Wow! Banyak tu!

Konspirasi & Pemenang Dirancang?
Sebagaimana yang dijangkakan oleh kebanyakan penonton, pasangan ideal Vanidah Imran dan Rashidi Ishak memenangi program Sehati Berdansa. Desas-desus dan konspirasi yang mengatakan kemenangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak dirancang oleh pihak Astro telah digembar-gemburkan sebelum rancangan ini bermula lagi. Padahal bagi Budiey itu semua hanya permainan untuk menimbulkan hype untuk rancangan ini sahaja.

Terbukti, setelah ditanya media di sidang akhbar ternyata dakwaan kotor ini tidak benar kerana format juri dan SMS memastikan juara tidak dirancang. Pada Rashidi, dia sangat geram kerana dia dan Vanidah menyertai program atas dasar untuk kebajikan dan mahu melakukan terbaik. Dan Rashidi tidak peduli dengan konspirasi yang rasanya tidak ada kena mengena dengan dirinya. Ditanya jenis tarian yang paling susah, Rashidi mengaku yang dia sangat sukar dan takut untuk menari tarian joget Melayu.

Ada juga sebilangan cakap belakang mengatakan kemenangan Vanidah-Rashidi dipengaruhi oleh kareografer Sazlan yang menjadi anak didik kepada salah seorang juri di dalam program ini. Boleh dilihat daripada komen-komen juri tersebut ketika memberikan komen positif dan tidak banyak kritikan pedas untuk Sazlan. Namun, ini ditolak sebagaimana yang dikatakan program ini tidak ada pengaruh kroni dari pihak juri. Program ini diadili oleh penonton itu sendiri.

Program yang diadaptasi daripada program tv dari India ini akan diteruskan pada musim hadapan dan akan mengikut kriteria pasangan suami isteri yang mempunyai status selebriti dan personaliti tv.

Budiey harap, program ini diperluaskan skopnya, bukan hanya untuk selebriti sahaja tetapi lebih kepada personaliti dalam bidang yang lain seperti ahli sukan, kanak-kanak dan sebagainya.

[tags]juara sehati berdansa, pemenang sehati berdansa, anne wafi, winner sehati berdansa, vanida imran menang, rashidi imran, pelakon wanita terbaik, filem red kebaya, cinta film, astro tv, ujibakat af6, senarai lagu af6, konsert af6 review, raja lawak astro[/tags]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peribahasa Karam Singh Walia @ Kala Malam Bulan Mengambang

Sepanjang Ranjau Sensasi Selebriti 2007: Part 1