in

Joe Biden Merayu Rakyat AS Memakai Pelitup Muka Untuk Cegah Covid-19

JOE Biden, 77, yang baru memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat ke-46, menggesa semua penduduk Amerika Syarikat (AS) untuk mula memakai pelitup muka.

Langkah ini dilakukan untuk mencegah penyebaran virus Korona, COVID-19 di negara tersebut, menurut laporan AFP pada Selasa, 10 November 2020, Biden dari parti Demokrat mengatakan penduduk AS perlu bersatu dengan ‘tujuan bersama’ untuk mengalahkan virus selepas selesai pemilihan Presiden yang memecah belah rakyat. Tambahnya, memakai pelitup muka bukan sekadar kenyataan politik.

Joe Biden
Joe Biden menyeru rakyat Amerika Syarikat memakai pelitup muka bagi mencegah penyebaran Covid-19. – Kredit foto: AP

“Jadi tolong, saya pohon, pakai pelitup muka,” kata Biden di Wilmington setelah dia dan Naib Presiden dipilih, Kamala Harris melakukan arahan secara virtual dengan Badan Penasihat COVID-19 yang baharu.

Joe Biden menegaskan permintaannya bukanlah sebuah kenyataan politik.

Bakal Presiden Amerika itu berharap agar rakyat AS  memakai pelitup muka untuk diri sendiri dan orang-orang  di sekitar mereka. 

Joe Biden yang berusia 77 tahun secara rutin memakai pelitup muka ketika bertemu sejak beberapa bulan lalu.

Ia berbeza dengan Presiden Donald Trump yang menghindari penggunaan pelitup muka dan mengadakan perhimpunan terbuka di mana ribuan penyokongnya berkumpul bersama tanpa memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan sosial.

Joe Biden
Trump dan penyokongnya tidak memakai pelitup muka ketika berkempen. 

Para saintis ketika pentadbiran Trump telah mengingatkan rakyat AS untuk  memakai pelitup muka bagi mengurangkan penularan  pandemik COVID-19.

Terdahulu, Joe Biden dan Kamala Harris telah membentuk pasukan pakar yang akan bantu memimpin negara itu dalam menghadapi wabak Covid-19.

Joe Biden
Status wabak COVID-19 di Amerika Syarikat pada 9 November 2020.

“Pada Isnin (9 November 2020) saya menamakan kumpulan saintis dan pakar sebagai penasihat yang membantu untuk menjadikan pelan Biden-Harris kepada rangka tindakan sebenar, bermula 20 Januari 2021,” katanya kepada penyokong yang merujuk hari beliau mengangkat sumpah.

COVID-19 menyebabkan lebih 240,000 kematian di AS dan kes sudah merebak ke seluruh negara. AS merupakan negara tertinggi menghadapi masalah Covid-19.

Menurut statistik Johns Hopkins University, wabak COVID-19  sudah menghampiri 10 juta kes dan tidak menunjukkan tanda pengurangan, ketika ini. 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Marsha Milan Galak Bantuan Melalui Inisiatif Derma Digital Awam IKHLAS untuk Sabah

Jualan Sehari Terbesar 11.11 Melalui Aplikasi Maxis