in

Jualan Murah Ulangtahun Shopee Mencatat Prestasi Cemerlang

Shopee, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah mencatat lebih 2.5 juta bilangan pesanan dalam tempoh 24 jam pada 12 Disember, lonjakan 5 kali ganda berbanding prestasi tahun lepas. Di Malaysia, lebih 500,000 produk terjual apabila pengguna berebut pelbagai promosi hebat ke atas 6 juta produk, sebagai sebahagian daripada Jualan Murah Ulangtahun Shopee.

Jualan Murah Ulangtahun Shopee Mencatat Prestasi Cemerlang dengan lebih 2.5 juta bilangan pesanan dalam tempoh 24 jam

“Jualan Murah 12.12, jualan kilat Shocking Sale dan Kemuncak Berganda Shopee Mall yang diberi keutamaan sebagai sebahagian daripada sambutan ulangtahun Shopee telah menerima sambutan yang amat menggalakkan. Kami teruja dapat bekerjasama dengan jenama terkemuka termasuk PETRONAS, Digi, Havaianas dan MR. DIY yang menyumbang pada kejayaan kempen ulangtahun kali ini. Jenama tersebut merupakan antara jenama yang telah memilih Shopee sebagai rakan eDagang pertama mereka dan kebanyakannya telah mencatatkan peningkatan tinggi dalam jualan dengan lonjakan sehingga 100 kali ganda berbanding hari biasa. Kami berharap dapat meneruskan usahasama seperti ini pada kempen dan promosi akan datang,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

12 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia

1) Jumlah pesanan sepanjang 12.12 tahun ini meningkat 15 kali ganda berbanding tahun lepas
2) Dalam tempoh hanya 1 jam 6 minit sahaja, kami berjaya memecahkan rekod bilangan pesanan tahun lepas
3) Jenama yang menunjukkan prestasi jualan terbaik ialah e-Kedai Mesra PETRONAS, Nestle dan Watsons
4) Sementara itu, bagi satu jenis produk, kad Mesra PETRONAS mencatatkan rekod tertinggi dengan lebih daripada 3,100 unit terjual dalam tempoh 24 jam
5) Transaksi paling tinggi direkodkan daripada seorang pengguna berjumlah RM15,000
6) Produk pertama dijual pada 12.12 ialah sebuah beg jenis kanvas, manakala produk terakhir dijual ialah bank kuasa
7) Masker wajah merupakan produk rebutan kaum wanita dengan kira-kira 7,000 unit masker wajah terjual. ROREC merupakan antara jenama kecantikan yang sangat popular dengan lebih 700 unit masker wajah Natural Essence ROREC terjual dalam masa 1 minit
8) Kabel data merupakan produk yang menjadi pilihan pengguna lelaki dengan lebih 1,200 unit terjual
9) Tempoh paling cepat untuk menghabiskan jualan kilat ialah 49 saat menerusi jualan kilat Shocking Sale Shopee
10) Pembelian paling pantas diselesaikan dalam tempoh 1 saat iaitu sepasang baju tidur sutera yang dijual pada harga RM20
11) Penghantaran paling jauh bagi satu pesanan ialah lebih 4,500 km – dari Goseong Gun, Korea ke Johor Bahru, Johor
12) Secara purata, 538 borak (chat) direkod setiap minit

Promosi & Kempen Akan Datang

Walaupun jualan murah 12.12 telah berakhir, pengguna masih berpeluang memenangi percutian untuk dua orang ke Honolulu, Hawaii bernilai lebih RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 sebagai sebahagian daripada hadiah sempena Ulangtahun Shopee yang akan diteruskan sehingga 31 Disember 2017. Untuk melayakkan diri, pengguna perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dan membuat pembayaran secara perbankan dalam talian FPX.

Bagi membuat persediaan tahun baru persekolahan tidak lama lagi, Shopee akan melancarkan kempen Kembali ke Sekolah dari 18 hingga 24 Disember 2017, membariskan promosi daripada pelbagai jenis barang kelengkapan persekolahan termasuk alat tulis, buku teks dan aksesori pada harga menarik tidak lebih daripada RM30. Kedai Rasmi seperti Pilot, Stabilo, Nestle, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kedai Buku Borders turut menyertai kempen ini dengan menawarkan harga eksklusif dan baucar untuk pengguna.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my.
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah FiTA KaryaOne Awards 2017 Iktiraf Pelajar

Chaleeda Gilbert Artis Antarabangsa Pertama Rocketfuel Entertainment