in

Anugerah FiTA KaryaOne Awards 2017 Iktiraf Pelajar

Hasil karya pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali lagi diiktiraf melalui Anugerah FiTA KaryaOne Awards 2017 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM pada 14 Disember lalu.

Dekan FiTA, Dato’ Professor Dr A. Razak Haji Mohaideen berkata, 34 kategori karya kreatif pelajar FiTA telah dipertandingkan, termasuk Anugerah Filem Pendek Terbaik (Antara IPT Malaysia) yang dimenangi oleh filem pendek berjudul Payback daripada Universiti Utara Malaysia (UUM).

Fita Karyaone Awards 2017

Anugerah Karyaone 2017 Iktiraf Pelajar

“Penganjuran ini adalah bersempena dengan Minggu KaryaOne Bersama Alumni 2017 dan turut dihadiri dan dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM , Tan Sri Dato’ Academician Ir. Dr. Zaidee Laidin,” ujarnya lagi.

Majlis tersebut juga telah menganugerahkan Anugerah Tokoh Industri Kreatif Fita UITM 2017 kepda Naib Presiden Segmen Melayu Kumpulan Pengurusan Kandungan MEASAT Broadcast Network System Sdn. Bhd, Dato’ Khairul Anwar Salleh.

Pengarah projek yang juga Ketua Pusat Pengajian Jabatan Teater FiTA, Puan Norzizi Zulkifli berkata beliau gembira kerana acara pelajar ini mendapat banyak tajaan dan sokongan daripada pebagai pihak.

“Ramai telah menaja acara ini dan majlis telah dimeriahkan oleh artis terkenal seperti Syafiq Kyle, Diana Danielle dan alumni FiTA sendiri seperti Yana Samsudin, Dina Nadzir dan ramai lagi. Kita juga gembira kerana portal hiburan seperti Budiey.com dan Rojak Daily Skop! juga sudi menjadi Rakan Promosi untuk Minggu KaryaOne Bersama Alumni 2017,” ujarnya yang turut gembira dengan penerima anugerah IKON FiTA.

Anugerah IKON FiTA dianugerahkan khas untuk alumni-alumni FiTA yang telah berjaya dalam bidang masing-masing di dalam industri seni kreatif di Malaysia. Antara penerima adalah Budi Citawan Wan Hanafi Su, anak kepada pelakon ternama, Wan Hanafi Su.

SENARAI PENUH PEMENANG FITA KARYAONE AWARDS 2017
14 DISEMBER 2017 | DATC UiTM SHAH ALAM

ANUGERAH TOKOH INDUSTRI KREATIF FITA UITM 2017

Naib Presiden Segmen Melayu Kumpulan Pengurusan Kandungan MEASAT Broadcast Network System Sdn. Bhd.

Ybhg. Dato’ Khairul Anwar Salleh

Fita Karyaone Awards 2017

PEMENANG FITA KARYAONE AWARDS 2017

1. ANUGERAH PRODUKSI KAMERA BERBILANG (MCP) TERBAIK – MAMAK THE MUSICAL

2. ANUGERAH MUZIK VIDEO PENDEK – BUTA

3. ANUGERAH DOKUMENTARI TERBAIK – HADIAH

4. ANUGERAH IKLAN TERBAIK – M.PAVILION

5. ANUGERAH HEBAHAN KHIDMAT AWAM TERBAIK – HAPUS

6. ANUGERAH VIDEO EKSPERIMENTAL TERBAIK – STAR COFFEE

7. ANUGERAH PELAKON LELAKI FILEM PENDEK TERBAIK – EIRSYAD QAWIEM (FALASI)

8. ANUGERAH PELAKON WANITA FILEM PENDEK TERBAIK – MARIANA BINTI KAMARUDZAMAN (RE-DREAM)

9. ANUGERAH SUNTINGAN TERBAIK – IDIYAPPAM

10. ANUGERAH PENATAAN SENI TERBAIK – THE DEVIL’S BEAUTY

11. ANUGERAH SINEMATOGRAFI TERBAIK – SINARAN RAMALUN

12. ANUGERAH SKRIP FILEM PENDEK TERBAIK – SINARAN RAMALUN

13. ANUGERAH PENGARAH TERBAIK – SINARAN RAMALUN

14. ANUGERAH FILEM PENDEK TERBAIK – IDIYAPPAM

15. ANUGERAH POSTER TERBAIK- SINARAN RAMALUN

16. ANUGERAH EKSPERIMENTAL ANIMASI PENDEK TERBAIK – DYSPHORIA

17. ANUGERAH ANIMASI PENDEK TERBAIK – DYSPHORIA

18. ANUGERAH PENGURUS PENTAS TERBAIK – TEATER KANAK-KANAK PUTERI NYAMUK

19. ANUGERAH PENGURUS ACARA TERBAIK- FITA PIDATO RAKYAT KREATIF DAN INOVATIF

20. ANUGERAH PENGURUSAN ACARA TERBAIK – ALLEPO FUN RUN

21. ANUGERAH PENGURUSAN PROMOSI DAN PEMASARAN TERBAIK – ALLEPO FUN RUN

22. ANUGERAH PENGURUSAN PRODUKSI TERBAIK – TEATER KANAK-KANAK PUTERI NYAMUK

23. ANUGERAH SKRIP ASAL TERBAIK – AMY SOFEA – MUHAMMAD AMIRUL SHAFIQ

24. ANUGERAH SINOGRAFI TERBAIK – MAMAK THE MUSICAL- AHMAD ALIF ASHRAF MOHD ROZALI

25. ANUGERAH PELAKON LELAKI TEATER TERBAIK – RAJA FIQRI – KELONSONG

26. ANUGERAH PELAKON WANITA TEATER TERBAIK – AIDILLA SYAMIMI – MAMAK THE MUZIKAL

27. ANUGERAH PENGARAH TEATER TERBAIK – QIU QATINA – ESKAPE

28. ANUGERAH TEATER TERBAIK – ESKAPE

29. ANUGERAH PUISI DAN LIRIK TERBAIK – SENYUMAN – AHMAD KAMIL SILAHUDIN

30. ANUGERAH CERPEN TERBAIK – NOKTURNAL – EIRSYAD QAWIEM BIN ESWADY ZASWAN

31. ANUGERAH PENULISAN SKRIP FILEM PENDEK – LAKON – MUHAMMAD HAZIQ BIN JOHARI

32. ANUGERAH PENULISAN ESEI TERBAIK – DISNEY ANIMATED FILMS PROVOKED BAD INFLUENCE TO CHILDREN – NOR FIFI NATASHA BINTI FAIRUS

33. ANUGERAH AGI – ADAM MUHAMMAD TAUFIQ BIN MOHAMAD SUHARTO

34. ANUGERAH FILEM PENDEK TERBAIK (ANTARA IPT MALAYSIA) – PAYBACK, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Fita Karyaone Awards 2017

SENARAI IKON FITA SEMPENA KARYAONE 2017

PROGRAM FILEM
1. AHMAD MUZZAMMIL ABDUL RAHMAN
2. MOHAMMAD NAZIM BIN MD SHAH @ NAZIM SHAH
3. NORLIANA BINTI SAMSUDIN @ YANA SAMSUDIN
4. DZIA ABDUL GHAFAR
5. IMILLYA ROSLAN

PROGRAM PENULISAN
1. NURSYAZWANI ABDUL RAHIM @ WANI ARDY
2. NOORLIZA RAMLI
3. MUHAMMAD FATRIM
4. REHAL NURHARIS

PROGRAM TEATER
1. FASYALI FADZLY BIN SAIPUL BAHRI
2. SYAFIK SHUKRI
3. KASHFI ZULKUFLI
4. ROSMI FAZREEN FAZIRA BINTI OTHMAN

PROGRAM PENGURUSAN SENI
1. DINA NAZER (DJ ERA DINA)
2. AZHARUL AZMIR KAMARULZAMAN
3. BUDI CITAWAN BINTI WAN HANAFI
4. MOHAMAD SHAFIK BIN SAFARIZAN

PROGRAM ANIMASI
1. AHMAD HAMBALI BIN MOHD RASHID
2. RAIHAN YUSOFF
3. ARINA RAMLI

Fita Karyaone Awards 2017

Fita Karyaone Awards 2017

Fita Karyaone Awards 2017

Fita Karyaone Awards 2017

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Monsta Umum Kerjasama Antarabangsa Kolaborasi Bersama WebTVAsia

Jualan Murah Ulangtahun Shopee Mencatat Prestasi Cemerlang