in

Jualan Amal Tulip Tahunan KLM

JUALAN AMAL TULIP TAHUNAN KLM KEMBALI MENYAMBUT HARI IBU
Ingin mencari hadiah yang istimewa untuk Hari Ibu ini? Kini, Penerbangan KLM Royal Dutch Airlines membuat penghantaran bunga tulip yang segar dan berwarna-warni, terus dari Belanda. Anda akan dapat memilih gubahan bunga tulip yang cantik untuk dihadiahkan kepada ibu tersayang. Ibu pasti berasa terharu pada sambutan Hari Ibu nanti.

Jualan Amal Tulip Tahunan KLM kini kembali dengan 3,800 kuntum tulip pelbagai warna untuk pilihan anda, termasuk 300 yang luar biasa berwarna gelap, jenis “Tulipa Black Hero”. Bunga tulip biasa akan dijual pada harga RM5 sekuntum, sementara edisi terhad “Black Hero” bernilai RM10 sekuntum.

Tahun ini merupakan kali ke-13 jualan amal ini diadakan di Sungei Wang, yang telah memberikan sokongan selaku rakan lokasi rasmi sejak tahun 1998. Tahun ini, jualan amal ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 7 Mei 2011 di Paras Concourse, Sungei Wang Plaza, bermula jam 11.00 pagi.

Announcement of KLM Annual Charity Tulip Sale_1

“Jualan Amal Tulip Tahunan KLM yang amat bermakna ini telah mendapat sokongan padu daripada masyarakat awam serta rakan kongsi syarikat selama lebih satu dekad. Sumbangan yang diperoleh daripada aktiviti ini akan disalurkan kepada Tabung Kanser Kanak-Kanak (Children’s Cancer Fund) untuk meringankan beban kewangan ibu bapa yang mempunyai anak menghidap penyakit kanser,” kata Cik Estee Ng, Pengurus Penerbangan Air France-KLM Malaysia.

“Bunga tulip merupakan simbol negara Belanda yang terkenal. Kami ingin berkongsi keindahan dan keunikan bunga tulip dengan rakyat Malaysia. Jualan Amal Tulip Tahunan sempena sambutan Hari Ibu merupakan peluang yang amat sesuai untuk tujuan ini,” tambah beliau.

Turut berkomited dalam jualan amal ini ialah Rabobank – syarikat pemimpin perkhidmatan kewangan global dan juga pakar perbankan untuk industri makanan and perniagaan pertanian. Dalam penglibatannya buat tahun ketiga, Rabobank akan menyumbang RM1 untuk setiap kuntum bunga tulip yang dijual. Dengan itu, harga bunga tulip dapat dikurangkan, dan pelanggan hanya membayar RM5 dan bukan RM6 untuk setiap kuntum tulip. Tambahan pula, Rabobank akan menghulurkan sumbangan tambahan sebanyak RM2 untuk setiap kuntum bunga tulip yang dijual. Dengan ini, jumlah sumbangan daripada pihak Raboban tahun ini diharap akan mencecah RM10,500.

Encik Kao Chee Ming, Pengarah Perniagaan Negara Rabobank di Malaysia berkata, “Rabobank berasa amat besar hati untuk menjadi rakan kerjasama Jualan Amal Tulip Tahunan KLM sekali lagi. Acara ini sememangnya usaha Tanggungjawab Sosial Korporat yang amat bermakna. Ia bukan sahaja membuka peluang untuk syarikat kami membuat sumbangan, malah para pekerja syarikat turut dijemput untuk menyokongnya.”

Seperti tahun lepas, penerima sumbangan daripada jualan amal ini ialah Tabung Kanser Kanak-Kanak (CFF) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) untuk menyokong program terapi mainan. Kanak-kanak yang menghidapi penyakit kanser berhadapan dengan pelbagai cabaran emosi – mereka cemas, takut dan bimbang semasa menerima rawatan dan penuh dengan kegelisahan dan kehampaan apabila penyakit berulang. Oleh itu, terapi mainan boleh digunakan untuk lebih memahami jiwa kanak-kanak tersebut dan berkomunikasi dengan mereka untuk mengatasi emosi negatif.

Aktiviti seni dan kraftangan menggunakan tanah liat, pasir, model dan patung, muzik, drama dan mainan terapi, diperkenalkan kepada kanak-kanak tersebut untuk menjelajahi dan mencari makna simbolik dalam pelbagai situasi kritikal, dan memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan konflik dalaman. Melalui terapi mainan, mereka akan menjadi lebih yakin untuk mengawal dan menguasai isu-isu yang dihadapi. Ini satu-satunya langkah untuk memulihkan jiwa yang terluka.

CCF dikendalikan oleh pasukan sukarelawan yang berdedikasi bersama-sama dengan kakitangan Unit Onkologi Pediatri UMMC. CCF memberi bantuan kewangan kepada pesakit yang tidak mampu membeli ubat-ubatan, peralatan atau kelengkapan lain yang tidak disediakan secara percuma atau yang hanya diberi subsidi oleh pihak hospital.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria Di Cordoba di Astro Prima

Peserta Top 11 SHOWDOWN 2011 Terus Beraksi