in

Jom Undi Calon-Calon Volunteer Malaysia Awards Sekarang!

Beberapa minggu yang lalu, Budiey ada siarkan info tentang Volunteer Malaysia Awards anjuran iM4U dan pejam celik pejam celik sekarang ini pencalonan dah pun ditutup. Namun begitu, iM4U memerlukan anda untuk mengundi pemenang Anugerah Pilihan Umum daripada 29 projek sukarelawan yang telah disenarai pendek. Jadi tunggu apa lagi, inilah masanya untuk memberi sokongan kepada sukarelawan yang korang kenali.

Volunteer Malaysia Awards

Jom Undi Calon-Calon Volunteer Malaysia Awards Sekarang!

Untuk info pembaca, Volunteer Malaysia Awards yang dibawa oleh iM4U bertujuan untuk meraikan serta memberi penghormatan kepada para sukarelawan yang telah memberi inspirasi dan mendorong semangat kesukarelawanan kepada masyarakat.

Beberapa minggu lalu, masyarakat umum telah diuar-uarkan untuk mencalonkan projek-projek sukarelawan yang wajar dihargai.

Kesemua projek yang tersenarai dalam kategori Inisiatif Sukarelawan Terbaik dipilih kerana kerja-kerja yang dijalankan memberi impak besar dengan menggunakan perbelanjaan minimum.

Antara projek dibawah Inisiatif Sukarelawan Terbaik ialah projek “The mBL Epic Build” oleh myBurgerLab dibawah subkategori Sektor Swasta.

Volunteer Malaysia Awards

Menerusi projek ini, pihak myBurgerLab berhasrat membina kediaman untuk sebuah keluarga di Kampung Serendah disamping mendidik pelanggan mereka mengenai kesukaran kehidupan masyarakat orang asli.

Melalui platform sosial media myBurgerLab serta bantuan seramai 35 orang sukarelawan, sebanyak RM 70,000 berjaya dikumpulkan untuk membina sebuah rumah dalam jangka masa tiga hari.

Volunteer Malaysia Awards

Pihak myBurgerLab turut berharap supaya ianya dapat diteruskan dalam menyebarkan kesedaran mengenai komuniti Orang Asli serta mengalakkan orang ramai melakukan kebaikkan seperti membina rumah kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Inisiatif sukarelawan “Generating Opportunities for the Learning Disabled”(GOLD) oleh Pertubuhan Pendidikan Kurang Upaya adalah salah satu lagi pencalonan dibawah kategori Inistiatif Sukarelawan Terbaik – NGO.

Menerusi GOLD, pelbagai organisasi dapat mendekati komuniti “Learning Disabilities” (LD) dengan menyediakan platform untuk mereka mengasah bakat kemahiran di sekolah dan di tempat kerja melalui pelbagai program yang unik.

Volunteer Malaysia Awards Volunteer Malaysia Awards

Inisiatif – inisiatif daripada GOLD ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai. Antaranya ialah Kindness Cookies, merupakan sebuah projek yang dianjurkan bagi mejana keuntungan melalui penyediaan, penjualan dan pengedaran biskut.

[pullquote align=”right”]Kategori lain yang dibuka untuk undian dibawah Inisiatif Sukarelawan Terbaik adalah Anugerah Personaliti. 5 pencalonan yang telah disenarai pendek termasuk inisiatif daripada Mizz Nina, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa, Erma Fatima Rahmad, Faizal Tahir dan Hideaki Lim.[/pullquote]

Kesemua projek dibawah personaliti tersebut melibatkan bantuan banjir dan pengedaran makanan kepada golongan kurang berkemampuan demi menjana dana. Orang ramai diberi peluang untuk mengundi personaliti pilihan mereka.

Undian boleh dibuat menerusi www.im4u.my/vma/vote dan akan tamat pada 2 Disember 2016.

Disamping Inisiatif Sukarelawan Terbaik, iM4U juga akan mengenal pasti usaha para sukarelawan yang melakukan aktiviti kebajikan sepanjang tahun. Pengiraan markah adalah berdasarkan bilangan jam yang dimanfaatkan untuk menjalankan program mereka. Para pemenang akan merebut gelaran Volunteer Malaysia Awards untuk Emas, Perak dan Gangsa.

Anugerah lain yang akan diberikan ialah Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Superelawan Tahunan, Anugerah Khas Juri, Anugerah Kempen Media Sosial Terbaik dan Anugerah iM4U FM untuk Lagu Kemanusiaan Terbaik. Kesemua calon akan dipilih oleh panel juri bertauliah.

Ketua Pegawai Eksekutif iM4U, Rudy Malik menegaskan bahawa Volunteer Malaysia Awards akan mengiktiraf segala usaha murni yang dilakukan oleh para sukarelawan.

“Adalah sesuatu yang baik apabila kita dapat mengetahui dan menghargai kerja keras dan komitmen para sukarelawan ini,” jelasnya.

Pengarah, Kumpulan Pengurusan Jenama, Tan Shyue Wern menambah bahawa Volunteer Malaysia Awards juga bertujuan memberi motivasi kepada para sukarelawan untuk terus terlibat dalam kerja kesukarelawanan dan dalam masa sama memberi inspirasi kepada golongan belia yang lain.

Majlis Volunteer Malaysia Awards ini akan diadakan pada 9 Disember di Grand Lagoon Ballroom, Aras 15, Sunway Resort Hotel and Spa.

Layari www.im4u.my/vma/vote untuk mengetahui cara-cara mengundi dan www.im4u.my untuk maklumat lanjut mengenai anugerah dan calon yang telah disenarai pendek.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan:

Anugerah Pilihan Umum Inisiatif Sukarelawan Terbaik Finalis

Sektor Perkhimatan Awam

• Kampung Bebas Dadah – Unit Penyelarasan dan Pemantauan Institusi Akar Umbi, Negeri Sembilan

• Program Duta Jauhar – Yayasan Pelajaran Johor

• Museum Volunteers JMM – Jabatan Muzium Malaysia

• Pengurusan Bencana Peringkat Komuniti (Community Based Disaster Management CBDM) – NADMA (National Disaster Management Agency)

• Kembara Kebajikan 1Malaysia – Jabatan Kebajikan Malaysia

 

Sektor Swasta

• mBL Epic Build – myBurgerLab

• #TiffinMalaysia#DoMoreGood – Telekom Malaysia Berhad

• TM Earth Camp – Telekom Malaysia Berhad

• AEON Hometown Forest Programme – AEON Co. (M) Bhd.

• International Coastal Cleanup – Rampai Niaga Sdn Bhd (The Body Shop Malaysia)

 

Organisasi Bukan Kerajaan/Organisasi Tanpa Keuntungan/Berkumpulan

• Generating Opportunities for the Learning Disabled (GOLD) – Association of the Learning Disabled

• Menggubah Destinasi Belia Melalui Pendidikan Kemahiran – Pertubuhan Pembangunan Wanita Tamarai Pulau Pinang

• Tamil School Transformation Programme – Pertubuhan Transformasi Sekolah Tamil Malaysia

• 3rd Force – Golden Minds Consultant

• Pure Heart – Muslim Volunteers Malaysia

 

Dana DRe1M

• Pilot Project: Water for Life Sungai Jernih Selama- Kelab Pejabat Daerah dan tanah Selama

• Khidmat Masyarakat Pembinaan Rumah Bantuan Rakyat Miskin Berkonsepkan Ibs (Polyhome) – Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

• Teratak Semai – Faculty of Design & Architecture, UPM

• Penggerak Pendaulat Borneo – Penggerak Pendaulat Borneo

• Tautan Kasih Sumbangan Pakaian Seragam Sekolah Pelajar Miskin – GIATMARA Negeri Sarawak

 

Organisasi Media

• Berambih Sahur 2015 – Kelab Kebajikan New Sarawak Tribune & Utusan Sarawak

• Charity Ride 2016 – Kelab Kebajikan New Sarawak Tribune & Utusan Sarawak

• Disaster Relief: Sabah Ranau Earthquake Recovery Project – Yayasan Nanyang Press

• Titipan Kasih Harian Metro – Harian Metro

• Bersamamu – Primeworks Studios

 

Sekolah

• Let’s Fight the Bite – Kelab Doktor Muda, SK Sri Lanang, Jasin Melaka

• Warung Santalia Project – SMK Padang Midin, Kuala Terengganu, Terengganu

• Mr & Mrs D (Bottled Bins) – SMK Tengku Mahmud 2, Besut, Terengganu

• Projek Komuniti Klab Doktor Muda – SK Jasin & SK Datuk Haji Baginda ,Melaka

 

Pencalonan Anugerah Personaliti Filnalis

• A Future with Hope – Hideaki Lim

• Feeding the Needy – Mizz Nina

• Yayasan Nurjiwa – Datuk Siti Nurhaliza and Datuk Khalid Mohd Jiwa

• iAMFAITHMEN – Faizal Tahir

• Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia – Erma Fatima

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem DESOLASI

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton ASSASSIN’S CREED