in

Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem DESOLASI

Skop Productions hari ini mempersembahkan DESOLASI, hasil karya dan arahan pengarah muda, Syafiq Yusof.

Nama Syafiq Yusof sudah semakin rancak dalam bidang pengarahan filem tanah air. Ini merupakan hasil karya beliau selepas filem Mat Moto gandingan arahan beliau bersama Pekin Ibrahim yang dipertontonkan di layar perak pada 14 Januari 2016.

Desolasi - Poster

Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem DESOLASI

[dropcap]K[/dropcap]ini Syafiq masih meneruskan perjuangan seninya dalam gelanggang perfileman dengan karyanya yang ke 5 berjudul Desolasi. Syafiq amat yakin bahawa perjuangan dalam memartabatkan industri seni tanah air tiada noktahnya.

[pullquote align=“left”]Dengan ini sekali lagi Skop Productions memberi kepercayaan kepada Syafiq untuk mengemudi Desolasi dengan lakonan berkesan dari pelakon handalan.[/pullquote]

Syafiq sekali lagi mengambil inisiatif menghasilkan sebuah karya genre psycho thriller tapi penuh dengan perisian yang lebih berteknologi tinggi dalam penggunaan kesan khas visual (CGI) sejajar dengan saranan kerajaan agar mampu ke peringkat global.

Sasaran penonton adalah di kalangan golongan muda yang kini dilihat sudah semakin melangkah jauh ke hadapan dan ini mendorong Syafiq tekad menampilkan Desolasi dengan gaya persembahan yang baharu dan bermotivasi.

Syafiq meletakkan harapan tinggi kepada Syamsul sebagai pemegang watak utama dalam Desolasi. Ini adalah filem lakonan Syamsul ke 4 di bawah arahan Syafiq selepas filem Sam (2012), Abang Long Fadil (2014) dan Mat Moto (2016). Bakat lakonan beliau yang cukup berkesan mampu menghidupkan watak Aiman yang menuntut pengawalan emosi yang cukup tinggi.

Selain itu ramai lagi pelakon-pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Bella Dally di samping pelakon berpengalaman seperti Dato’ Jalalludin Hassan dan Aida Khalidah turut membintangi Desolasi.

Berbekalkan pengalaman Syafiq melalui beberapa buah filem hasil karyanya seperti Sam, Abang Long Fadil, Villa Nabila dan Mat Moto kini beliau semakin bersemangat dan berani untuk menghasilkan sebuah lagi karya yang mencabar kredibilitinya sebagai seorang pengarah ‘versatile’ menerusi Desolasi.

Filem DESOLASI

Nota Produksi DESOLASI

Hasil karya
➢ Cerita Asal/Skrip – Syafiq Yusof
➢ Pengarah/Lakon Layar – Syafiq Yusof

Filem
➢ Ke-37 Terbitan Skop Productions
➢ Ke-5 Arahan Syafiq Yusof

Genre
➢ Drama / Islamik

Pelakon
➢ Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato’ Jalalludin Hassan, Aida Khalidah

Kos pembikinan & Promosi / CGI
➢ RM4.5 juta

Mula penggambaran
➢ 13 November 2014 / 55 hari

Melibatkan penggambaran di lokasi
➢ Kuala Lumpur / Putrajaya

Sistem bunyi
➢ Dolby Digital Surround

Penerbit
➢ Datuk Yusof Haslam & Syafiq Yusof

Filem DESOLASI

Sinopsis DESOLASI

Kisah ini menceritakan tentang seorang remaja bernama Aiman yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan. Beliau merupakan seorang pelukis yang melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah. Dirinya ditimpa masalah demi masalah sehingga berlaku pertengkaran besar di antara dia dan ayahnya. Tiba suatu pagi, Aiman mendapati dirinya keseorangan di dalam dunia tanpa manusia lain. Aiman terkejut dengan kejadian tersebut dan mula mencari jawapan dalam persoalan yang di berikan kepadanya. Saksikan kesudahan kisah ini dalam filem “DESOLASI”.

Filem DESOLASI

Filem DESOLASI

Filem DESOLASI

Filem DESOLASI

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Yonder Music Raikan Usia 365 Hari Bersama Dato’ Siti Nurhaliza & Yuna

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Jom Undi Calon-Calon Volunteer Malaysia Awards Sekarang!