in ,

Jom Tolong Yuna Buat Video SPARKLE Dengan Samsung Galaxy Note

Baiklah, Budiey seharusnya berterus terang dalam entri ini, sebenarnya… Budiey begitu mengkagumi dan meminati Yuna Zarai dari awal kemunculannya sehinggalah penyanyi indie ini berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat sekarang ini. Bertuah betul jadi Yuna, kan?

Memang tak sangka, dulu Yuna ni, Budiey masih ingat hanya bermula dari bawah dan satu demi satu kejayaan dicipta, begitu cepat naik popularitinya sehingga dikenali ramai.

Sekarang, semua orang dah kenal Yuna. Siapa yang tak kenal dengan Yuna, kan? Imej bertudung yang unik dengan bibir tebalnya yang sentiasa merah dah jadi trendmark. Kat corong radio sekarang ni pun tengah putar lagu Yuna berjudul Terukir Di Bintang. Best! Kompem menang AJL tahun ni.

Yuna Usa

Selain wajah eksotik, elegan, fashionista, cantik menawan, tinggi lampai, berkarisma… mmm… apa lagi yang Budiey boleh describe pasal Yuna ya? Genius? Yes, Yuna sangat genius dan bakatnya memang sukar nak jumpa kat Malaysia ni. Lagu-lagu yang dicipta oleh Yuna semuanya Budiey suka terutama sekali lagu-lagu terbaru dalam album untuk pasaran US. Terbaek wok!

Paling menguja sekarang, seperti yang kita tahu, baru-baru ini Yuna telah dilantik sebagai duta Samsung Galaxy Note.

Jadi sekarang ini, Yuna terlibat dengan sebuah projek yang berkolaborasi bersama Samsung di mana Yuna akan buat sebuah video muzik dengan menggunakan Samsung Galaxy Note berjudul Sparkle. Wah, boleh ke cam tu? Mesti ramai yang tak caya kan? Camana Yuna nak rakam muzik video dengan hanya menggunakan telefon bimbit? Ish ish… canggih lah.

Yuna Galaxy Note

Alah, sekarang dah tak hairan. Teknologi kan dah canggih dan semakin maju. Semua tu tak mustahil boleh buat punya. Budiey dah tengok hasil video dari Samsung Galaxy Note, memang cantik dan terang giler. Rasa nak beli je satu. Tengoklah, kalau ada rezeki lebih, memang nak beli Samsung Galaxy Note.

Jadi, sekarang ini Yuna memerlukan bantuan dari anda semua pembaca sekalian, terutamanya peminat-peminat setia Yuna lah kan. Bantuan macamana tu? Haa, inilah yang Budiey nak cerita sekarang ni.

Sebelum Budiey terangkan lebih lanjut, apa kata korang tengok dulu video rakaman dari Yuna ni:

Kalau dah tengok video ni, rasanya dah lengkap segala info nya kan? Tak perlulah Budiey nak cerita panjang lebar, eh?

Budiey pun tengah memerah idea sekarang ni untuk kasi idea bernas untuk Yuna. Tapi masih buntu lagi ni, tak tahu macamana… korang ada?

The Sparkle Project dari Yuna

Yuna Samsung Galaxy Note

Jika anda idea untuk muzik video Yuna ni, jangan segan silu nak share dengan Yuna ya sebab ada hadiah istimewa menanti korang. Haa, apa dia hadiahnya?

Jika idea anda tu terpilih, pastinya anda akan dijemput bersama-sama untuk tampil dalam video klip Yuna. Best kan? Glamorlah korang jap dapat masuk video klip Sparkle dari Yuna.

Yuna Samsung Galaxy Note

Macamana? Ada idea? Kalau belum ada idea, jangan risau macamana nak korek idea sebab Yuna ada berikan beberapa tema untuk memudahkan anda cari idea. Contohnya, pada minggu ini, tema yang dipilih oleh Yuna ialah Beauty & Dreams.

Nak tolong Yuna dengan idea bernas anda tu? Senang je, tak susah mana pun, caranya ialah, anda kena ke laman web www.sparkleproject.my dan di situ ada ruangan ‘Share an idea’, haa, klik je kat situ untuk anda hantarkan cadangan anda samada dalam bentuk gambar atau video, tak kisahlah. Yang penting, janji idea korang tu idea yang kreatif dan bernas yang boleh diterima pakai.

Yuna Samsung Galaxy Note

Satu lagi Budiey nak pesan, kalau boleh idea anda tu biarlah idea original yang tak pernah dihantar oleh orang lain. Barulah gempak, beb!

Budiey perasan grafik dan layout kat website Sparkle Project ni cun & cool giler kan? Budiey tengok dah ramai yang hantar dan berkongsi idea dengan Yuna di laman web ni. So, kira okaylah tu, cuma kalau boleh kita nak meriahkan lagi dengan idea-idea korang semua kat situ. Lagi ramai, lagi meriah, tak gitu?

Untuk entri akan datang, Budiey akan share idea Budiey kat situ. Sekarang tak bolehlah nak share sebab tengah kekeringan idea. Tengah cari sumber inspirasi la ni.

Yuna Samsung Galaxy Note

Kepada korang kat luar sana, apa kata jom hantar idea korang dan jadilah antara ratusan peminat Yuna yang setia di Malaysia untuk membantu beliau merakam video dengan menggunakan Samsung Galaxy Note.

Klik SINI sekarang! Klik jangan tak klik!

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Cinta Berkalung Duri

Majlis Resepsi Pernikahan Awal Ashaari & Scha Alyahya