in

JOM SERTAI PLAN TERBARU CELCOM: S.O.X

Berita baik untuk remaja dan adik-adik kita… terutama sekali pelajar sekolah, CELCOM menyediakan perkhidmatan yang sangat SPECIAL untuk korang semua.

Nah! Memperkenalkan untuk korang semua… S.O.X! Wah, apa kebenda pulak S.O.X tu? Hehe, sila eja dan sebut betul-betul ya. Tersalah sebut je, jadi benda lain.

S.O.X adalah singkatan dari School of X. Namanya pun dah menggambarkan ianya eksklusif untuk korang yang masih di bangku sekolah. Untungnya korang, abang Budiey dulu mana ada servis gempak dan menguntungkan macam ni dulu.

S.O.X digunakan untuk pelan pra bayar terbaru daripada Celcom khusus untuk pelajar yang berumur antara 12 – 18 tahun! Yang paling istimewanya, sudah tentu S.O.X menawarkan kadar istimewa, bonus paling GEMPAK, dan pelbagai kelebihan serta hadiah-hadiah yang BEST GILER untuk korang semua!

Jadi, korang mesti tertanya-tanya, apa kelebihan S.O.X, kan? Nih! Abang Budiey nak cerita sikit. Apabila adik-adik semua menggunakan pra bayar S.O.X, adik akan mendapat kadar panggilan paling rendah dan menakjubkan tak kira DI MANA SAHAJA ADIK BERADA. Semua kawasan sama je kadar dan caj yang dikenakan.

Apa yang paling penting ialah, adik akan mendapat bayaran panggilan yang dibuat untuk 8 orang keluarga dan kawan-kawan lebih murah dan berbaloi. Hanya RM0.10 sahaja seminit! Untuk SMS pula lagi murah… hanya RM0.05 sahaja bagi 1 SMS!

Bukan itu saje, adik-adik juga berpeluang memenangi pelbagai gajet hebat atau hadiah menarik, bonus di luar dugaan, muat turun yang LEBIH COOL dan banyak lagi lah.

Budiey percaya, untuk adik yang nak buat panggilan video, MMS dan Mobile Broadband pun akan selesa dengan servis S.O.X sebab ianya memang tak dapat ditandingi dan lebih murah dari telco yang lain. Untuk mobile broadband, adik hanya perlu bayar RM8 untuk satu hari dengan akses tanpa had! Untuk MMS pulak, adik hanya dicaj 20 sen untuk satu MMS ke mana-mana network.

Budiey BlogKepada adik yang baru sahaja ‘sign up’ dengan S.O.X, pastikan RM10 akan dikreditkan secara PERCUMA sebaik sahaja number baru adik telah diaktifkan (dan reload pertama RM10! Kalau adik inginkan banyak lagi airtime PERCUMA, haa, bercakaplah lebih lama… Lebih lama adik borak-borak dengan kawan-kawan dan famili, lagi banyak mata akan terkumpul untuk ditukar sebagai bonus setiap bulan! Berbaloi bukan?

Yang paling penting, adik kena ingat, tiada tarikh luput untuk kredit sekiranya adik berusia 18 tahun ke bawah.

Oh! Tak lupa, untuk bonus hari jadi, S.O.X akan menghadiahkan panggilan dan SMS PERCUMA! Ha, bercakaplah sepuas-puasnya dengan 8 orang kawan dan famili adik selama 7 hari! Lama tu! Untung sangat-sangat!

CARA UNTUK AKTIFKAN 8pax:
Senang saje, untuk aktifkan 8pax, cuma taip 8PAX ON dan hantarkan ke 28882.

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAINYA?

Terlebih dahulu, adik kena berusia 12-18 tahun.

Sila bawa kad pengenalan atau passport ke cawangan CELCOM atau Blue Cube untuk urusan pendaftaran.

Hanya satu pelanggga sahaja boleh mendaftar untuk satu starter pack S.O.X.

Untuk info lanjut sila klik : http://www.xpax.com.my/sox

Budiey rasa S.O.X. begitu prihatin dengan semua golongan terutama sekali golongan yang masih lagi di bangku sekolah. Yelah, kan sekarang segalanya mahal, barang semua dah naik, termasuk juga makanan kat kantin dan sara hidup korang seperti buku-buku… jadi, satu inisiatif yang mulia dari S.O.X. untuk menjadikan kehidupan student kita lebih berjimat dengan adanya plan prabayar khas untuk student! Mak ayah pun mesti gembira dengan berita baik dari S.O.X. ni, tak gitu?

Jadi, apa tunggu lagi. Sign up sekarang dan alami kelebihannya!
Untuk info lanjut sila ke:
http://www.xpax.com.my/sox

Entri ini dibawakan secara eksklusif oleh XPAX

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hewlett-Packard Penaja Utama Sensasi Selebriti Budiey.com RM18441!

Leez AF, Razali Husin, Roslan Salleh Dalam Drama Setulus Kasih Abah