in , ,

Jom Kenali Apa Itu POPSICAL REMIX, Set Karaoke Yang Compact, Smart & Elegan!

Budiey percaya, ramai di kalangan korang suka menyanyi dan ‘melalak’. Sekurang-kurangnya, ada yang melepas geram test vokal dalam tandas masa mandi kan? Tapi tahukah anda sekarang dah ada set karaoke yang cukup ‘smart’ canggih dengan rekabentuk yang elegan penuh bergaya!

Macam-macam cara sekarang ini nak berkaraoke. Seiring dengan teknologi yang semakin canggih. Ada yang suka menyanyi di aplikasi Smule dan ada juga yang suka cara konvensional seperti pergi ke pusat-pusat karaoke. Tak kurang ada di kalangan selebriti juga suka berkaraoke. Terutamanya penyanyi, memang setiap hari nak kena asah vokal tu jadi lebih mantap dan power kan?

Tapi ada di kalangan kita yang takde masa dan wang ringgit untuk sentiasa pergi ke pusat karaoke. Jadi, ada satu alternatif lain iaitu membeli set karaoke untuk melalak kat rumah. Baru best kan? Tapi mungkin suasana tak sama dengan pusat karaoke. Cuma, dengan perkembangan teknologi sekarang yang lebih digital, peluang untuk berkaraoke dengan lebih selesa tu terbuka dengan luas. Nah! Budiey perkenalkan satu alternatif bagi korang yang suka berkaraoke iaitu… POPSICAL Karaoke!

Popsical Remix

Apa Itu Popsical?

Memang betul, pada tahun yang sudah-sudah, nak setup set karaoke memang susah sikit. Sebabnya kita kena beli satu persatu kelengkapan lain seperti amplifier, mikrofon, pembesar suara, dan sistem karaoke. Dan yang pasti, kena kena beli CD karaoke. Itu yang lecehnya sebab berapa banyak CD pulak kita kena beli kan? Tidakkah ada satu cara di mana kita dapat mencapai banyak lagu karaoke dalam satu masa? Nah! Zaman ini bukan zaman CD lagi dah kan? Selamat tinggal kepada CD! Sekarang kita dah ada Popsical!

Untuk info, POPSICAL adalah sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura yang ditubuhkan pada tahun 2016. Produk ini mengaplikasikan solusi serta idea terbaharu untuk menyediakan sebuah sistem karaoke yang sangat mudah dan cepat untuk kita setup di rumah. Satu perkataan yang melambangkan Popsical… Sofistikated! Produk ini mendapat sambutan hangat dari penduduk di Singapura pada tahun 2017. Dan kini, tiba masanya Popsical melebarkan produknya di Malaysia!

Popsical TV

Sebelum ini, Popsical telah melancarkan Popsical TV iaitu sistem karaoke generasi pertama. Ia mampu memaparkan kandungan seperti lagu dan sejumlah kawalan standard karaoke melalui sambungan HDMI. Namun ia tidak dilengkapi dengan amplifier terbina, sekaligus memerlukan anda mendapatkan mikrofon pada sistem audio berasingan.

Popsical Remix

Budiey Popsical
Budiey dah pun mendapatkan Popsical Remix, anda bila lagi?

Terbaharu, sekarang ini, untuk memudahkan kita menyediakan sistem karaoke ini, Popsical telah hadir dengan Popsical REMIX yang menyediakan kemudahan mikrofon ini dalam satu set. Setiap pembelian Popsical Remix akan dibekalkan dengan dua mikrofon, yang mana kedua-duanya dihubungkan melalui penerima UHF pada perkakasan alat ini. Setiap mikrofon ini dikuasakan dengan dua biji bateri AA bagi memudahkan proses pertukaran bateri.

Popsical Remix masih menyediakan fungsi yang serupa seperti Popsical TV dengan menyediakan lebih 200,000+ buah lagu daripada 14 bahasa. Alat ini dihubungkan kepada WiFi atau ethernet, dan kemudiannya boleh dikawal melalui telefon pintar Android atau iPhone. Lagu yang disediakan adalah berasaskan awanan, jadi ia sentiasa dikemaskini bagi menyediakan lagu terkini kepada pengguna.

Unboxing Popsical REMIX

Cuma pada Popsical Remix, ia telah ditambah dengan Digital Signal Processor (DSP) untuk menambahbaik kualiti suara pengguna. Ia membolehkan pengguna mengawal pitchreverb, dan jenis suara terus daripada Popsical Remix ini. Anda boleh suara anda menjadi ‘chipmunk‘, robot, raksasa, dan pelbagai suara yang menarik.

Unboxing Popsical REMIX

Pelancaran Popsical Malaysia Pertama di Mid Valley

Pada 23 Mac lalu, bersamaan hari Sabtu, Budiey telah pun berpeluang untuk mengadakan liputan di Popsical Malaysia Store yang terletak di T-013E, tingkat 3, Mid Valley Megamall. Semua peminat nyanyian kini boleh melepaskan suara mereka dengan menguji dan membeli produknya dari kedai ini. Di sana, Budiey berkesempatan untuk mencuba sendiri Popsical Remix selain dapat mendengar sesi taklimat ringkas tentang produk terbaharu ini. Sempena dengan pelancaran store pertama di Malaysia ini, Popsical turut menjemput beberapa orang selebriti dan pada hari Sabtu itu, Budiey berpeluang untuk menemubual Amyra Rosli yang hadir bersama keluarganya.

Popsical Malaysia

Selain Amyra, pada sesi itu juga ada kemunculan penyanyi rap remaja yang meningkat populariti iaitu Ben Ladin. Sempena dengan pelancaran ini, hanya untuk hari itu sahaja, peminat dan pengikut Amyra, Ben Ladin dan Budiey diberikan potongan harga sebanyak RM500 untuk pembelian dalam talian. Haa, rugi sesiapa yang tak beli pada hari tersebut!

Popsical Malaysia

Budiey sempat menemubual Encik Umar Abdul Hamid, Co-Founder & Chief Operating Officer,

“Kami harap Popsical Store di Malaysia ini akan dapat memperkenalkan kepada anda semua satu pengalaman menyanyi karaoke yang lebih selesa dan terbaik kepada setiap anda semua yang suka berkaraoke.”

“Dengan adanya kedai perdana pertama di Malaysia, kami di Popsical akan berusaha untuk menarik anda semua kepada dimensi baru dan membawa karaoke generasi masa depan ke lebih banyak rumah di negara ini.”

– – Encik Umar Abdul Hamid

Kepada pembaca yang berminat, korang boleh datang sendiri mencuba set Popsical ini di kamar kecil karaoke yang disediakan. Anda juga boleh mendapatkan aksesori dan set Popsical terus daripada kedai ini.

Unboxing Popsical REMIX
Unboxing Popsical Remix

Nah! Budiey dah pun buka kotak produk ini. Apa yang boleh Budiey katakan, segalanya sangat ringan dan compact! Microfon yang diberikan itu sangat ringan. Korang hanya perlu memasukkan dua biji bateri AA. Manakala device Popsical yang berbentuk bulat warna hitam tu juga sangat ringan!

Bentuknya sangat elegan dan bergaya sekali. Kecilnya sebesar telapak tangan itu dapat menjimatkan ruang rumah anda. Tak perlu lagi nak tambah mixer ke amplifier ke yang berat-berat dan besar gedabak tu kan?

Popsical Remix
Hanya sebesar telapak tangan!

Semasa pemasangan, anda hanya perlu menyediakan atau membeli kabel HDMI dan juga kabel RCA AUX sound sahaja. Sangat mudah.

Budiey setup Popsical tu tak sampai 10 minit pun. Mudah dan senang! Dah siap! Sekarang tiba masa Budiey nak plan ajak kawan-kawan berparty karaoke kat rumah ni.

Aux cable
Kabel sound RCA-AUX tidak disediakan. Jadi, korang kena beli benda alah ni ya. Jangan lupa, korang beli juga kabel HDMI untuk disambungkan dari TV ke Popsical device.

Selain produk ini, Popsical juga memperkenalkan satu aplikasi yang boleh dimuatturun di telefon bimbit di mana ia adalah satu aplikasi karaoke generasi akan datang yang berasaskan awan yang mempunyai kesemua fungsi seperti set karaoke tradisional.

Set karaoke ini mempunyai lebih dari 100,000 lagu untuk dipilih dengan variasi pilihan lagu yang sentiasa dikemaskini dengan 14 bahasa! Wow! Banyak tu!

Popsical Remix
Unboxing Popsical REMIX

Ia hadir bersama aplikasi mudah alih yang membenarkan pengguna untuk melayar lagu di dalam Library serta senarai lagu daripada peranti. Popsical menyokong penggunaan peranti berganda (multiple device) dalam satu masa yang sama untuk pengguna menambahkan lagu ke dalam senarai main pada bila-bila masa.

Unboxing Popsical REMIX

Pengguna boleh mendapatkan masa menyanyi percuma selama 15 minit setiap hari. Popsical juga menawarkan beberapa pakej langganan kepada pengguna yang menginginkan lebih masa untuk menyanyi. Anda boleh melanggan pakej premium untuk 24 jam masa menyanyi pada harga RM5.99 atau secara bulanan pada harga RM14.99.

Unboxing Popsical REMIX

Popsical Remix telah ditawarkan pada harga RM1499 dengan set dua mikrofon yang diberikan secara percuma. Anda boleh menyambungkan alat ini terus ke pembesar suara biasa tanpa perlu lagi mendapatkan amplifier yang sering dijual pada harga lebih mahal. Anda boleh mendapatkan alat ini melalui kedai fizikal Popsical di Mid Valley atau membelinya pada halaman rasmi Popsical.

Unboxing Popsical REMIX

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nikolaj Coster-Waldau & Jerome Flynn (Jaime Lannister & Bronn) GAME OF THRONES Season 8

SwissImage Kini Dilancarkan di Malaysia Boleh Dibeli di Watsons