in

Jom Jadi Pelanggan Pertama UNIQLO di Fahrenheit 88

Pernah dengar kat mana-mana tak pasal UNIQLO? Kepada yang tak pernah dengar, Budiey nak share dengan korang semua pasal sebuah butik NOMBOR SATU yang cukup terkenal di Jepun ni.

Jenama pakaian kasual ni bukan sebarangan ya sebab selebriti tersohor dari Hollywood iaitu Charlize Theron dan Orlando Bloom dilantik menjadi duta brand ini! Ada kelas kan?

Uniqlo Adv

Orlando Bloom

Uniqlo Adv

Charlize Theron

Bagi para remaja di luar sana, nama Uniqlo bukannya asing sangat pun kerana fesyen dan gaya rekaan pakaiannya memang stylo dan santai habis. Memang sesuai sangat dipakai oleh remaja di Malaysia kerana fabrik dan rekaannya sangat selesa. Lagi pula, harga pakaian di store ni memang murah dan berpatutan.

Maklumat ini Budiey jumpa di Facebook Page Uniqlo: www.facebook.com/uniqlo.my

Uniqlo Adv

Berita baik untuk semua, mulai 4 November ni, anda tak payah nak ke Jepun untuk shopping pakaian berjenama Uniqlo! Atau korang tak payah lagi nak beli secara online atau kirim dari kawan kat Jepun sana!

Ada member Budiey sanggup turun ke Singapura semata-mata nak beli baju & jeans di Uniqlo. Jadi, tak lama lagi, member kita tu tak payah nak susah-susah buang masa travelling lagi.

Ini kerana store Uniqlo akan dibuka buat pertama kalinya di Malaysia iaitu di Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dengarnya, Uniqlo bukan main tak sabar lagi untuk buka pintu kedainya. Tak caya, korang boleh tengok, siap buat countdown di laman web mereka iaitu di www.uniqlo.com/my

Tarikh pembukaan Uniqlo ialah pada 4 November 2010, hari Khamis. Dijangkakan ia mencatat satu sejarah di mana ini adalah opening terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara! Besar tak besar, store ni akan memuatkan lebih 500 jenis pakaian kasual asas seperti baju T, seluar jeans, jaket dan macam-macam lagi.

Uniqlo Adv

Jadi kepada pembaca yang berminat dengan fesyen santai remaja terkini, bolehlah mengunjungi Uniqlo pada hari pembukaannya. Jangan lupa untuk ‘mark’ kalendar anda di tarikh 4 November ni. Yang menariknya, Uniqlo menawarkan harga special atau harga pengenalan untuk pengunjung terawal.

Budiey dikhabarkan juga seramai 500 orang pelanggan pertama akan berpeluang untuk merebut 5 Pakej Pelancongan untuk 2 orang ke Tokyo yang ditanggung sepenuhnya!!!

Fuh! Bestnya kalau dapat menang terbang ke Tokyo. Dengan hanya beli baju di Uniqlo, mana tahu ini rezeki anda! Dapat melancong FREE! Berdua pulak tu! Siapa tak nak! Budiey pun nak beli baju dan jeans kat sana! Nak try, kalau ada size yang sesuai, kita borong!

Antara yang murah dan berbaloi-baloi:

1) Koleksi baju-T grafik UNIQLO, UT hanya RM29.90 sehelai (harga biasa – RM59.90)

Uniqlo

2) Koleksi jeans bermutu tinggi UNIQLO, UJ hanya RM49.90 sepasang (harga biasa – RM99.90)

3) Jaket bulu biri-biri (Fleece) hanya RM49.90 sehelai (harga biasa – RM79.90)

Uniqlo

Pintu kedai akan dibuka mulai jam 11 pagi. Budiey yakin, ramai peminat Uniqlo akan beratur panjang untuk menjadi pelanggan pertama.

Selain itu, beg tote asli UNIQLO akan diberikan kepada 1,000 pelanggan pertama yang beratur semasa pembukaan gedung. Para pelanggan juga akan menerima beg tote asli UNIQLO secara percuma dengan pembelian mana-mana barangan UNIQLO melebihi RM200 dalam satu resit dalam masa empat hari selepas pembukaan rasmi (4 hingga 7 November 2010) dan sementara stok masih ada.

Excited! Excited! Excited! Itu je Budiey boleh cakap. Budiey rasa excited giler sebab tak sabar nak beli pakaian kat Uniqlo ni.

Bergaya, bermutu tinggi dan mampu dibeli daripada UNIQLO.

Kepada semua pembaca, jangan lupa menghadiri acara hebat ini dan menyertai penantian untuk pembukaan rasmi gedung UNIQLO yang pertama di Malaysia!

Save that pay cheque for an amazing shopping spree at UNIQLO

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.uniqlo.com/my

Uniqlo Adv

Uniqlo Adv

Uniqlo Adv

Uniqlo Adv

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Party GLAM Swinging 60’s

Gambar Diana Danielle Dengan Gaun Rekaan Calvin Thoo di FFM23