in ,

Gambar Diana Danielle Dengan Gaun Rekaan Calvin Thoo di FFM23

Sumber berita di Mstar Online, Diana Danielle pada mulanya sepatutnya memakai baju rekaan Ezuwan Ismail pada malam Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23). Namun, setelah baju siap, baju yang direka itu membuatkan dirinya kelihatan berisi. Diana sangat kecewa dan menangis. Diana merasa baju itu membuat dia kelihatan gemuk.

Terdahulu, sebuah akhbar mingguan keluaran Ahad telah menyiarkan sebuah artikel berhubung sikap pelakon Diana Danielle yang membatalkan hasrat untuk mengayakan baju seorang pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail setelah baju tersebut siap dibuat mengikut citarasanya.

Apa-apa pun, tiada isu yang besar pun sebab Diana Danielle meminta maaf kepada Ezuwan Ismail. Ibu Diana terus mencari baju lain dan bernasib baik kerana Calvin Thoo mahu menaja pakaian untuk Diana di FFM23. Menurut ibu Diana, Norsiah tiada apa yang perlu diperbesarkan lagi kerana perkara tersebut telah diselesaikan dengan baik.

Ezuwan ketika dihubungi enggan memanjangkan perkara ini dan menganggap ia sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati selepas ini.

“Pada mulanya semua pihak sudah bersetuju dengan rekaan tersebut, malah Diana beberapa kali mengirimkan gambar rekaan yang dia mahu kepada saya. Bagi saya ia mengikut apa yang telah dimintanya namun apabila semuanya sudah siap, dia pula berasa pakaian itu tidak sesuai dengan usianya,” ujar Ezuwan. – via Mstar Online

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Jadi Pelanggan Pertama UNIQLO di Fahrenheit 88

AirAsia X Arrives in Seoul