in ,

Jom Download Aplikasi Dragon Dictation Sekarang & Menangi Ganjaran Lumayan

[dropcap]Z[/dropcap]aman sekarang makin canggih. Setiap hari pasti ada gadget dan aplikasi terbaru dicipta. Sampai Budiey pun tak terkejar untuk ‘follow’ semua aplikasi yang ada. Maklumlah sibuk memanjang. Tapi nak tak nak, kenalah tahu sikit-sikit teknologi ni sebab sekurang-kurangnya, dengan gadget dan aplikasi inilah yang membuatkan dunia kita lebih cepat bergerak dan melakukan kerja dengan berkesan. Nanti dicop ketinggalan zaman pulak.

Betullah orang kata, cinta itu buta. Kalau dulu, Budiey bercinta bagai nak rak dengan operasi [highlight]Android[/highlight], sekarang ni, Budiey jatuh cinta pulak dengan[highlight] iOS [/highlight]pulak. Ada sebab mengapa Budiey suka guna iOS sekarang ni…

[dropcap]A[/dropcap]ntara salah satu sebab utama mengapa Budiey lebih suka untuk menggunakan iOS ialah kerana ada satu aplikasi yang sangat berguna untuk memudahkan menjadikan kerja Budiey lebih cepat.

[pullquote align=”right”]Kalau nak tahu lebih lanjut tentang aplikasi yang Budiey maksudkan, sila baca info kat bawah ni.[/pullquote]

Apa-apa pun gajet yang anda guna tu, matlamatnya adalah sama je. Yang penting adalah ianya mengubah cara kita berinteraksi dengan dunia luar dan sesiapa sahaja.

Minggu lepas, Budiey ada mencuba salah satu aplikasi dari [highlight]Nuance[/highlight] yang berupaya memudahkan kerja Budiey sebagai penulis blog yang sentiasa sibuk ke sana-sini sepanjang hari.

[dropcap]B[/dropcap]udiey perhatikan, aplikasi dari [highlight]Nuance [/highlight]ni ada ramai juga followernya. Apa taknya, buat masa sekarang aplikasi ni diberikan percuma. Sape tak nak, kan? Terbukti dah berjuta-juta pengguna dan beribu-ribu perniagaan telah guna aplikasi.

Budiey dikhabarkan aplikasi ini mencapai rekod tempat pertama dan kedua jumlah muatturun paling banyak di hampir semua negara yang dilancarkan.

Dragon
[dropcap]A[/dropcap]plikasi yang baru sahaja dilancarkan ini dikenali sebagai Dragon Dictation dan Dragon Search juga boleh dimuatturun secara percuma, tak perlu bayar apa-apa untuk masa sekarang. Jadi apa tunggu lagi. Jangan berlengah-lengah lagi. Cepatlah muatturun sekarang!

[pullquote align=”right”]Apa yang penting, aplikasi ini dibuat dalam bahasa Melayu.[/pullquote]

Memang senang sangat nak guna sebab ia dibuat khusus istimewa untuk orang Malaysia. Ianya disediakan untuk gadget seperti iPhone, iPad dan iPod Touch sahaja.

Dengan aplikasi Dragon Search pula membuatkan proses carian di Google, Yahoo, Youtube dan sebagainya menjadi lebih cepat dan senang.

Di sini Budiey nak ceritakan secara lebih lanjut tentang [highlight]Dragon Dictation[/highlight] sebab rasa teruja nak cerita dan berkongsi faedah aplikasi ini kepada pembaca sekalian.

Dragon
[dropcap]P[/dropcap]ertama kali guna aplikasi Dragon Dictation ni, Budiey terkejut gak sebab kerja Budiey jadi lebih mudah dan jimat masa. Apa yang perlu kita buat hanya mengeluarkan suara atau senang citer, kita bercakap dan seterusnya aplikasi ini akan menukarkan suara kita dalam bentuk tulisan.

Yang paling bagus, aplikasi ni dapat mengecam bahasa pertuturan bahasa Melayu. Ini bermakna aplikasi ni dapat membaca dan menangkap maksud dalam bahasa Melayu. Itu yang membezakan aplikasi ini dengan aplikasi yang ada di pasaran.

[pullquote]Itu yang penting bagi orang kita yang mahu menukarkan suara kepada tulisan dalam bahasa Melayu.[/pullquote]

Budiey pun ragu-ragu juga, betul ke aplikasi ni boleh berupaya mengecam bahasa Melayu? Jadi, Budiey pun cuba menggunakan aplikasi ini untuk menukarkan suara percakapan kepada tulisan.

Dragon

Haaa, jadi sekarang terbuktilah, aplikasi ni memang gempak punya.

[dropcap]M[/dropcap]emang berkali-kali ganda kerja Budiey jadi lebih produkif.

Selain jadi lebih produktif, Budiey kira aplikasi ini meringankan beban kerja sebagai penulis blog sepenuh masa yang aktif ke sana sini setiap hari.

Pasti korang tertanya-tanya apa kegunaan dan ‘special’nya aplikasi ini, kan?

[dropcap]S[/dropcap]ecara ringkasnya, aplikasi Dragon Dictation ini akan menukarkan apa yang kita percakapkan kepada perkataan dan ia tersedia dalam banyak bahasa. Anda boleh pilih bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain yang disediakan dalam aplikasi setting.

Anda boleh menggunakan suara dan boleh mengawal alat peranti kita tadi walaupun semasa melakukan kerja multi tasking.

Ini berguna sangat semasa Budiey menulis entri di mana-mana event yang memerlukan Budiey mengemas kini dengan lebih cepat. Seperti di Anugerah Skrin yang lalu, Budiey dengan cepatnya mengemaskini entri tentang event ini dengan lancar tanpa sebarang masalah untuk menaip.

Budiey juga menggunakan aplikasi ini semasa menemubual selebriti dan artis. Tidak perlu untuk menulis setiap jawapan artis. Hanya record sahaja suara artis, dan aplikasi ini akan menukarnya dalam bentuk perkataan.

Sebelum ini, bila Budiey ada idea di minda, secara langsung, Budiey terus menaip dan menulisnya, kalau tak cepat-cepat tulis, nanti Budiey mudah lupa pulak. Bila nak ingat balik, idea dah hilang entah ke mana. Payah pulak nak re-call balik. Tapi, selepas diperkenalkan dengan aplikasi Dragon Dictation ni, segala masalah ni takkan berlaku. Sekarang ni, bila ada idea dan sesuatu isi penting, Budiey terus rakam menggunakan suara dan aplikasi ini menukarkan suara Budiey tadi dalam bentuk perkataan.

Kalau korang tak caya, korang boleh cuba. Belum cuba belum tahu.

Dahlah senang nak guna dan tak sampai 2 minit je makan masa yang sangat singkat untuk download. Cari je aplikasi ni kat Apple Store (iOS).

Aplikasi ni juga menjimatkan masa Budiey semasa mengarang entri blog. Bukan itu sahaja, kita juga boleh pilih cara penghantaran mesej, karangan dan juga penulisan kita tadi dengan memilih ikon yang terletak di bahagian bawah sebelah kanan dalam aplikasi ini.

[pullquote]Budiey tengok ada 6 cara atau kaedahnya, iaitu emel, Facebook, Twitter, Salinan, potongan dan teks. Sangat mudah![/pullquote]

Semalam, Budiey ada mencuba kaedah yang melalui Facebook.

Sangat senang. Kalau kurang faham, jom Budiey ajarkan ni.

Dragon

[dropcap]P[/dropcap]ertama sekali kena klik ‘Setting’ di bahagian kanan aplikasi ini. Anda boleh ubah bahasa kepada Bahasa Malaysia supaya aplikasi ini senang untuk detect segala sebutan yang anda sebut dalam bahasa Melayu.

Orait, sekarang… kita mahu menghantar secara terus dari aplikasi ini kepada status Facebook kita ya.

Klik simbol record dan paparan Revording’ akan keluar di iPad. Sekarang kita boleh cuba baca status yang ingin kita update di Facebook. Budiey buat contoh kat bawah ni. Budiey baca: Sekejap lagi saya akan ke KLCC untuk menonton wayang.

Dragon

Satu lagi, tips yang Budiey nak berikan kepada anda ialah, kalau boleh bacalah dengan nada yang kuat dan terang supaya ia mudah dicerna dan difahami oleh aplikasi ini. Kalau tak, nanti akan keluar perkataan yang lain pula.

Dragon

Selepas login Facebook dan kita akan diberi tahu samada mahu menghantar mesej yang kita baca tadi di Facebook atau tidak.

Klik OK untuk hantar dan secara otomatik, sepantas kilat, mesej kita tadi akan tertera di Facebook.

Dragon

Jadi, sekarang kita dah tahu kegunaan aplikasi ini, tak rugi kalau korang juga download dan guna aplikasi ini sekarang.

PERADUAN APLIKASI DRAGON DICTATION DI BUDIEY.COM

[dropcap]O[/dropcap]kay, Budiey rasa tak perlu nak cakap banyak lagi tentang faedah dan kelebihan aplikasi ni kat pembaca semua. Sebabnya, korang kena cuba aplikasi ni. Lepas cuba, baru tau macamana berkesannya aplikasi ini. Belum cuba belum tahu, kan?

Budiey pun dah cuba dan terus setia untuk menggunakan aplikasi ini setiap hari, jadi anda semua perlu download gak.

Jadi, pakat mai ramai-ramai download sekarang aplikasi Dragon Dictation dan cuba teknologi canggih dan kehebatan yang ada pada aplikasi ini.

Dan, bukan itu sahaja, anda berpeluang untuk memenangi hadiah misteri dari Nuance dan hadiah goodie bag dari budiey.com! Haa, ini peluang keemasan anda.

[dropcap]S[/dropcap]ebelum Budiey lupa, sebagai penentuan pemenang, Budiey akan pilih entri yang paling lucu dan kreatif. Hadiahnya sangat lumayan berupa ganjaran misteri daripada Nuance yang sangat bernilai tapi misteri. Sebagai tambahan Budiey akan memberikan hadiah:

1. Tempat Pertama: Goodie Bag bernilai RM200 dari Budiey.com

2. Tempat Kedua: Goodie Bag bernilai RM100 dari Budiey.com

3. Tempat Ketiga: Goodie Bag bernilai RM50 dari Budiey.com

Jadi, ingat ye, tulislah slogan yang kreatif, lagi kreatif lagi ada peluang untuk menang.

Yang penting sekali syaratnya pembaca semua memuatturun aplikasi Dragon Dictation ni. Tak rugilah, sebab apa yang Budiey tahu, aplikasi ini dah banyak kali dimuatturun oleh pengguna.

Sudah tiba masanya Budiey meminta pertolongan anda semua membantu Budiey bagi mendapat ganjaran misteri yang akan diberikan oleh Nuance kepada penulis blog yang paling ramai menerima entri peraduan dari jumlah download aplikasi paling banyak. Untuk info anda semua, Budiey akan bersaing dengan Beautifulnara bagi menentukan penulis blog mana yang paling ramai mendapat jumlah entri peraduan pembaca.

[pullquote align=”right”]Jika anda suka, sila vote untuk budiey dengan hanya memuatturun aplikasi Dragon Dictation dan sertai peraduan ini. Itu sahaja.[/pullquote]

Jadi, luangkan masa anda untuk hantar entri peraduan ini secepat mungkin ya.

Serta tak lupa juga ganjaran misteri untuk pembaca yang hantar entri paling kreatif juga.

Bagaimana caranya?

  1. Di bawah ini, Budiey akan ceritakan bagaimana anda boleh rebut hadiah misteri yang lumayan ini dengan hanya memuatturun aplikasi [highlight]Dragon Dictation[/highlight].
  2. Ingat aplikasi ini dan search aplikasi ini di iOS… Dragon Dictation. Muatturun aplikasi Dragon Dictation di Apple Store ya.
  3. Selepas selesai download aplikasi Dragon Dictation, anda hanya perlu mencipta slogan dengan jawapan ini dengan lebih kreatif:                                                                                “Mengapakah Budiey seorang wira Dragon yang tulen? dengan menggunakan aplikasi Dragon Dictation seperti mana yang Budiey letakkan kat perenggan atas tadi.
  4. Emelkan printscreen jawapan anda itu kepada budiey di emel: [email protected]
  5. Mudah kan? Lakukan sekarang!

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Peraturan:
1. Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Pemenang akan dihubungi melalui email.
3. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
6. Keputusan hakim adalah muktamad.

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: PERADUAN APLIKASI DRAGON DICTATION DI BUDIEY.COM

Tarikh tutup peraduan:
7 Disember 2012

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Budiey harap, pembaca semua faham bagaimana nak join dan hantar peraduan ini. Lagi banyak hantar lagi bagus.

Anda juga boleh berkongsi dan ceritakan tentang aplikasi ini kepada semua kawan-kawan di Facebook dan Twitter dengan menggunakan hashtag #PeraduanDragonDictationBudiey.

Tak rugi dan jangan lupa suruh mereka menyertai peraduan ini. Lumayan beb hadiahnya…

Jadi tunggu apa lagi, jom muatturun sekarang aplikasi Dragon Dictation di gadget atau alat peranti anda sekarang dan sertai peraduan yang Budiey anjurkan ini.

Terima kasih! Good luck pada semua! Love you all!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 25

Gambar Carmen Soo di Pelancaran Produk InnerShine RubyCollagen

Gambar Izara Aishah di Karpet Merah Shout! Awards 2012