in ,

Elvina Mohamad Ada Kuasa Luar Biasa dalam JOJIE GIGIL

Pernahkah anda menonton filem adiwira seperti X-Men yang memaparkan kisah watak-watak berkuasa luar biasa? Betul, itu hanyalah filem fantasi. Namun baru-baru ini, terdapat hebahan bahawa pelakon jelita yang sedang meningkat naik iaitu Elvina Mohamad juga mempunyai kuasa aneh seperti watak-watak filem tersebut.

Usah terkejut, memang benar Elvina dikurniakan dengan kuasa luar biasa, tetapi kemampuan uniknya itu hanya wujud di dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Jojie Gigil yang sedang bersiaran mulai 12 Ogos lepas di TV3.

JOJIE GIGIL

Membariskan pelakon-pelakon popular seperti Elvina Mohamad, Ben Amir, Syafnida Shuhaimi, Raja Azura, Syaffiq Sahli, Fana Azizan, Zaidi Omar dan ramai lagi, drama bersiri 20 episod ini juga merupakan sebuah terbitan Wiranusa Corporation Sdn. Bhd. dibawah arahan saudara Zul Huzaimy Marzuki, dan ditayangkan menerusi slot Dahlia pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

Jojie Gigil mengisahkan seorang gadis bernama Jojie (Elvina Mohamad) yang merupakan anak perempuan kepada Kak Joyah (Raja Azura), seorang janda cantik dan popular dalam kalangan penduduk kawasan rumah mereka. Meskipun Kak Joyah digemari orang ramai, tetapi anaknya Jojie kerap dibuli oleh pelajar-pelajar lain di kolej kerana mempunyai cara pemakaian yang agak pelik.

Kak Joyah tidak peduli tentang persepsi orang lain terhadap Jojie dan dia menyayangi puterinya itu bagai menatang minyak yang penuh. Pada suatu hari, Jojie dan sahabat baiknya telah pergi berkelah di sebuah kawasan air terjun. Rupa-rupanya, buah hati Jojie iaitu Adam (Ben Amir) dah rakannya turut berkelah di tempat yang sama!

Adam cuba menyakat Jojie namun gurauannya itu bertukar menjadi tragedi apabila Jojie terjatuh ke dalam sungai dan dibawa pergi oleh arus yang deras. Kepala Jojie terhentak pada sebuah batu besar dan menyebabkannya tidak sedarkan diri.

Peristiwa hampir mati lemas itu telah menyebabkan Jojie menjadi lebih aneh. Kadang-kala, Jojie akan berkhayal dan menggigil secara tiba-tiba ketika melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya, Jojie dikurniakan kebolehan untuk melihat perkara yang akan berlaku.

JOJIE GIGIL

Pada mulanya, ibu dan rakan-rakan Jojie sendiri tidak percaya tentang kelebihan yang dimiliki Jojie ini. Mereka sangkakan Jojie telah diganggu oleh makhluk halus. Akan tetapi, Jojie bersifat positif dan tidak menganggap kebolehan unik ini sebagai suatu beban, malahan dia ingin menggunakan ia untuk membantu orang lain mengelak daripada ditimpa kemalangan.

Mampukah Jojie menjadi ‘superhero’ kesayangan orang ramai? Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri Jojie Gigil setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang menerusi slot Dahlia, hanya di TV3! Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

JOJIE GIGIL

JOJIE GIGIL

JOJIE GIGIL

JOJIE GIGIL

JOJIE GIGIL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey THE EMOJI MOVIE

Nadia Aqilah Bijak Bawa Watak Gadis Jepun dalam Telemovie ANTARA REBAB & TARI KAZUMI