in , ,

John Cena Dedah Pengalamannya Sebagai Peacemaker Dalam Trailer Red Band Terbaru

Akhirnya tiba masanya untuk berhadapan dengan Peacemaker – seorang yang hipokrit, ego, mementingkan diri sendiri, dan bersemangat yang percaya dalam mencapai keamanan dalam apa jua keadaan.

Peacemaker, yang dibintangi oleh John Cena sebagai watak eponim, akan memulakan tayangan perdana dengan tiga episod pada masa yang sama dengan A.S. pada Khamis 13 Januari hanya di HBO GO. Episod baharu akan debut setiap Khamis berikutnya. Juga, saksikan kehebatan watak Peacemaker dalam The Suicide Squad sekarang, hanya di HBO GO.

Siri superhero terbaru ini akan meneroka asal usul watak yang pertama kali dibawakan oleh Cena dalam filem James Gunn pada 2021, The Suicide Squad, yang kini tersedia di HBO GO. Peacemaker adalah seorang lelaki yang sombong dan angkuh yang percaya kepada keamanan dalam apa cara sekalipun, tidak kira berapa ramai orang yang perlu dia bunuh untuk mendapatkannya.

Siri ini turut dibintangi oleh Danielle Brooks sebagai Adebayo, Freddie Stroma sebagai Vigilante, Jennifer Holland sebagai Harcourt, Steve Agee sebagai Economos, Chukwudi Iwuji sebagai Murn, dan Robert Patrick sebagai Auggie Smith.

Gunn menulis kesemua lapan episod Peacemaker dan mengarahkan lima episod. Gunn, Peter Safran dan Matt Miller berkhidmat sebagai penerbit eksekutif untuk siri ini, dengan Cena sebagai penerbit eksekutif bersama. Berdasarkan watak daripada DC, Peacemaker dihasilkan oleh Troll Court Entertainment dan The Safran Company dengan kerjasama Warner Bros. Television.

Super Hero atau Super Villain, anda sendiri yang tentukan. Tetapi sebelum anda membuat sebarang penilaian lanjut, tonton Treler Red Band terbaru Peacemaker dibawah:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Jana Ong Tahun Baru Cina Peraduan Hari-Hari Mau Ong Nestlé

“Wallahi, Saya & Heliza Tak Pernah Bercinta Sebelum Kahwin,” – Datuk Seri Mahadi