in ,

‘JoHara Pagi ERA’ Bakal Menambah Personaliti Baharu Bergabung dengan Johan, Haniff & Ray?

Baru-baru ini, jenama ERA telah memuat naik beberapa video menerusi laman Facebook and Instagram tentang Ray yang sering dibuli oleh Johan dan Haniff atas sebab kurang memberi komitmen dan bersikap acuh tak acuh semasa ke udara.

Ray berasa sunyi dan sedih kerana Johan dan Haniff sering mencari kesilapannya. Untuk mendapatkan sokongan, Ray berhajat untuk menjemput ‘seseorang’ ke JoHara Pagi ERA dan bersemuka dengan Johan dan Haniff.

Pendengar setia Era khususnya segmen JoHara Pagi Era pasti perasan yang Ray kebelakangan ini kerap menjadi mangsa ‘serangan’ dan bahan oleh 2 rakan penyampai Johan dan Hanif.

Malah beberapa video turut dikongsikan stesen radio tersebut di laman Instagram mereka memperlihatkan Ray dibuli dua rakannya itu kerana dilihat kurang kurang memberi komitmen dan bersikap acuh tak acuh semasa ke udara. 

Menerusi video berkenaan Ray dapt dilihat sedikit sugul dan sedih akibat kerap menjadi mangsa kedua mereka.

 Teruk menjadi bahan, Ray difahamkan berhasrat untuk membawa ‘seseorang’ sebagai backup kepadanya untuk bersemuka dengan Johan dan Haniff.

SAM_4052

Siapakah ‘seseorang’ yang dimaksudkan oleh Ray? Adakah ‘JoHara Pagi ERA’ menambah personaliti baharu untuk digabungkan bersama Johan, Haniff dan Ray?

Peminat ERA boleh menantikan jawapan kepada soalan-soalan ini pada Isnin, 22 Februari di laman rasmi, media sosial Facebook dan Instagram ERA.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DJ Radio Ketawakan Cikgu Mengajar di Didik TV Dikecam, Mengaku Salah & Minta Maaf

Hikayat Cinta Ala Cinderella Dalam LENGGANG Nyanyian Khodi