in ,

Johan Kekal Julang Trofi Penyampai Radio Lelaki Popular

Johan bawa pulang trofi Penyampai Radio Lelaki Popular. Johan mengekalkan kemenangan beliau dalam kategori Penyampai Radio Lelaki Popular di ABPBH 2014.

1

ABPBH 2014 menyaksikan Johan terus mengungguli kategori Penyampai Radio Lelaki Popular menandingi empat orang finalis lain yang bukan calang-calang iaitu Salih Yaacob, AG, Deen dan Ebby Halim. Kejayaan ini sekaligus menamatkan teka-teki siapakah pemilik trofi bagi kategori yang mempunyai saingan sengit ini.

Ini merupakan kali ke-2 penyampai radio Era itu membawa pulang trofi tersebut selepas memenangi kategori yang sama pada tahun lepas. Untuk rekod, Johan telah menjadi finalis bagi kategori ini selama 3 tahun berturut-turut.

Anugerah yang memberi kuasa mutlak kepada para peminat untuk menentukan pemenang ini membuktikan sokongan padu para peminat dalam menyokong kerjaya Johan sebagai penyampai radio.
Malam berprestij ABPBH edisi ke-28 yang bertemakan ‘Cinta’ anjuran Berita Harian ini telah berlangsung di Arena of Stars Genting Highland.

2

3

4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Kontroversi Johan Cium Isteri di ABPBH2014 Kini Trending

Siri Jelajah Pentas Best FM 2015