in ,

Joget Naim Daniel Menggemparkan Lebih 3.4 Juta Penonton

Penyanyi graduan jurusan muzik, Naim Daniel menggemparkan audien TV3 apabila menggubah semula lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ milik ratu rock negara kepada genre Irama Malaysia, dalam Immortal Songs, Ahad lalu.

Menurut Nielsen Malaysia lebih 3.4 Juta penonton menjadi saksi Naim Daniel berjaya memegang rekod tertinggi menandingi Sarah Suhairi, Aman Aziz, Insomniacks, Kaka Azraff dan Naqiu pada malam tersebut. Pada hari Ahad ini (13 September 2020), Immortal Songs akan menampilkan komposer lagenda, Fauzi Marzuki bersama enam penyanyi, Luqman Faiz, Kugiran Masdo, Amir Masdi, Fieya Julia, Azmi Saat dan Tajul Ariff yang akan memberi nafas baharu kepada lagu beliau.

Berikut adalah lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh keenam-enam penyanyi di Immortal Songs akan datang:

PENYANYITAJUK LAGU
Luqman Faiz‌Lagenda
Kugiran MasdoJejaka Idaman ‌
Amir MasdiSepi Sekuntum Mawar Merah 
Fieya JuliaDi Alam Fana Cinta ‌
Azmi SaatPenghujung Rindu
Tajul AriffPada Syurga di Wajahmu

Bersiaran selama tujuh episod setiap hari Ahad, bermula 30 Ogos jam 9 malam, Immortal Songs membariskan enam orang penyanyi tempatan dan seorang karyawan muzik lagenda di setiap episod. Keenam-enam penyanyi tersebut dikehendaki untuk mempersembahkan sebuah lagu pilihan mereka (daripada lagu karyawan lagenda episod tersebut) dengan gubahan lagu berbeza. Ini bermakna, adalah pilihan mereka untuk menukar genre lagu tujuh lagenda tersebut atau menggubah semula muzik lagu pilihan mereka mengikut kreativiti masing-masing.

Di penghujung setiap persembahan penyanyi tersebut, lapan orang juri akan menilai persembahan mereka mengikut gubahan kegemaran mereka. Markah penyanyi yang diadili juri secara 100% itu akan dijadikan rekod untuk dicabar oleh penyanyi lain. Pemegang rekod tertinggi pada episod tersebut akan dinobatkan sebagai ‘susunan lagu terbaik’, episod tersebut. 

Walau bagaimanapun, para penonton dirumah berpeluang untuk mengundi persembahan pilihan mereka melalui laman www.xtra.com.my/immortalsongs pada bila-bila masa bermula 10.30 malam itu sehingga hari Sabtu, minggu berikutnya. Farm Fresh akan menghadiahkan enam bulan bekalan susu Farm Fresh kepada badan kebajikan pilihan pemenang artis pilihan penonton. Para penonton hanya berpeluang untuk mengundi sekali dalam satu episod sahaja. Persembahan Pilihan Penonton ini akan diumumkan pada setiap hari Sabtu, minggu berikutnya melalui laman media sosial TV3 Malaysia.

Program ini dihoskan oleh Ain Edruce di pentas utama, serta Amy Mastura dan Fad Bocey di belakang pentas, manakala Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M. Nasir dan Fauzi Marzuki merupakan karyawan lagenda yang menyertai Immortal Songs ini.

Selain daripada penaja utama, Farm Fresh, Immortal Songs turut mendapat sokongan rakan penaja deodoran Nivea Black & White. Sokongan padu turut diterima daripada rakan digital, xtra.com.my dan Oh! Bulan, serta rakan radio Hot FM.

Adakah anda bersedia untuk melihat kreativiti terunggul penyanyi kegemaran anda? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Immortal Songs, setiap hari Ahad, pada pukul 9 malam bermula 30 Ogos 2020. Siaran ulangan Immortal Songs ini akan ditayangkan di TV9, pada setiap hari Ahad bermula 5 September, pada pukul 9 malam. Info-info Immortal Songs, ‘Lagu Lama Menyengat Semula’ akan dikongsikan melalui rakan digital, xtra.com.my dan Oh! Bulan serta rakan radio Hot FM, juga di laman media sosial rasmi TV3 Malaysia dan Senang Terhibur di Facebook, Instagram dan Twitter. Gunakan tanda pagar #ImmortalSongsMY, #Inibarulahsususegar dan #Farmfresh di setiap posting anda bagi menghangatkan lagi perbualan di alam maya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin Lancar Single Bertemakan Ketuhanan Berjudul KIRIMAN AGUNG

Berita Peserta Big Stage Sandra Dianne Meninggal Dunia