in , ,

Fattah Amin Lancar Single Bertemakan Ketuhanan Berjudul KIRIMAN AGUNG

Dalam debaran menghitung hari untuk bergelar bapa, tidak menghalang Fattah Amin untuk melancarkan single untuk pengubat rindu peminat.

Dengan memilih tanggal 11 September 2020 Fattah Amin julung kalinya melancarkan single yang berkonsepkan religi atau Ketuhanan berjudul KIRMAN AGUNG.

Lagu ini dihasilkan oleh Hafiz Hamidun yang juga selaku penerbit dan liriknya pula ditulis oleh Fedtri Yahya bersama Hafiz Hamidun. Lagu ini merupakan sebuah doa yang datang dari hati seorang hamba yang berserah. 

Lagu KIRIMAN AGUNG boleh didengari di semua platform digital dan juga di Youtube Universal Music Malaysia. 

Fattah Amin Lancar Single Bertemakan Ketuhanan Berjudul KIRIMAN AGUNG

Antara komen yang ditulis oleh pendengar di ruangan komen Youtube:

“Fattah punya lagu dan lyrik semua ada purpose dan direction. Dia hanya mahu yang baik-baik untuk semua orang. Respect dia punya usaha, sabar dan determination,”

– Penonton Youtube

Lirik Lagu Kiriman Agung

(Verse 1)

Ya khalik ya bari’
Ya musawwir ya Fattah
Ya karim

Ya khalik ya bari’
Ya musawwir ya Fattah
Ya razzaq

(Verse 1)

(Chorus)
Allah…
Allah…
Ya Allah
Padamu ku berserah

(Verse 3)

Aku hanya hamba
Yang hina dan terus mendamba
Puncak kesabaran yang teguh
Mengharap kurniaMu

(Bridge)

Ingin ku cium
Tubuh yang seharum syurga 
Ingin ku lafaz kalimah
Kiriman agung 

(Chorus)
(Chorus)

Allah…

Fattah Amin Lancar Single Bertemakan Ketuhanan Berjudul KIRIMAN AGUNG

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Menghasilkan Pelitup Muka Buatan Sendiri Untuk Kegunaan Kakitangan

Joget Naim Daniel Menggemparkan Lebih 3.4 Juta Penonton