in , ,

Joey & Sarah Hilderbrand Kemudi Program Ramadan Masing-Masing di RTM

Kehadiran bulan Ramadan yang dinantikan seluruh umat Islam sudah pun bermula. Dalam bulan penuh kemuliaan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan variasi pilihan program mewarnai kesemua saluran TV dan radio terbitannya.

Ia termasuklah dua program baharu yang bersiaran sepanjang Ramadan ini menerusi Saluran Okey. Dua program tersebut iaitu “Saji Ramadan Selebriti” yang memulakan siarannya 23 Mac hingga 20 April depan, setiap Selasa hingga Khamis, pukul 11.00 pagi dan diikuti program “Buka Puasa Joey” mulai 24 Mac ini hingga 21 April depan, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 5.30 petang.

Menariknya kedua-dua program travelog dan majalah ini mengetengahkan hos dalam kalangan selebriti popular tanah air. Persamaan ketara antara selebriti ini kerana kedua-duanya popular dalam kerjaya sebagai pelakon.

Sarah Hilderbrand bersama tetamu Aziz M.Osman

Bersama-sama hos Sarah Hilderbrand, saksikan program “Saji Ramadan Selebriti” dimana pelakon cantik ini akan mengundang seorang selebriti yang cukup popular dalam bidang masing-masing mempamerkan kemahiran mereka dalam bidang masakan.

Menariknya kerana Sarah akan membawa sama selebriti undangan memasak di lokasi percutian indah yang telah dirancang terlebih dahulu. Sesuatu yang mengujakan pastinya mereka bakal diberikan cabaran dalam menghasilkan dan menyediakan menu lazat air tangan masing-masing.

poster Buka Puasa Ala Joey

Nantikan kemunculan selebriti antaranya Aziz M.Osman, Jay Iswazir, PU Azman, Bella Astilah, Anuar Haris, Aiman Tino dan Zarina Zainuddin. 

Sementara itu program travelog “Buka Puasa Ala Joey” pula membawa penonton menyertai penjelajahan hos Joey mengcari pelbagai tempat menarik untuk berbuka puasa. Pada masa sama turut diperkenalkan menu-menu hidangan lazat lokasi kedai makan yang dikunjungi di seluruh semenanjung Malaysia. 

Di samping dapat mengetahui lokasi yang membuka selera, orang ramai boleh turut sama untuk mengunjungi dan mencuba menu lazat yang dikongsikan Joey dalam program ini. 

Bagi yang terlepas menyaksikan siarannya menerusi saluran TV, luangkan masa menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my). 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUMA

Kerjasama Puma & Staple Diilhamkan Oleh Gidra Akhbar Yang Berpengaruh

Fattah Amin Lancarkan Lagu Zikir Eksklusif Sempena Bulan Ramadan