in ,

Jemputan Pembaca Ke Pelancaran Public Jewellery Bersama Duta – Diana Danielle

Salam Maulidurrasul dan selamat bercuti buat semua pembaca budiman,

Pada hari Ahad ini, tanggal 28 Februari 2010, jam 2 petang akan berlangsung satu sidang media & pelancaran Public Jewellery di Dewan Seri Seroja, Jalan Diplomatik 2, Presint 15, Presint Diplomatik, Putrajaya.

Serentak dengan itu juga, pelakon terkenal Diana Danielle akan diumumkan sebagai duta dan jurucakap terbaru Public Gold. Budiey nak ucapkan tahniah kepada Diana Danielle atas perlantikan ini. Rezeki datang bergolek.

Cuba korang perhati betul gambar DD kat bawah ni… Diana Danielle pakai cincin emas bertatahkan batu permata yang besar… huhu… patutlah… cincin dari penaja ya? Maklumlah sekarang kan Diana Danielle dah jadi duta barangan kemas.

4388770149 D754Dc8379 O | 4

Jadi, Budiey dengan ini ingin menjemput 100 orang pembaca ke majlis ini seterusnya menjadi saksi kepada perlantikan penuh bermakna buat Diana Danielle ini. Tiada soalan dan tiada slogan! Korang boleh terus datang ke majlis ini dan jangan lupa untuk menyatakan yang anda adalah salah seorang pembaca Budiey.com – Sensasi Selebriti.

Kepada 100 orang pertama yang hadir, selain dapat berhibur dengan persembahan dan bertemu dengan Diana Danielle, anda akan diberikan satu hadiah misteri daripada pihak penganjur.

Ini dia info tentang Majlis Pelancaran Public Jewellery

Tarikh : Ahad, 28 Febuari 2010

Masa : 2.00 ptg – 6.00 ptg

Tempat : Dewan Seri Seroja, Jalan Diplomatik 2, Presint 15,

Presint Diplomatik, Putrajaya

Persembahan Istimewa  : Diana Danielle

Oh ya, semalam, Budiey sempat bertemu dan mengambil gambar dengan Diana Danielle di Majlis Pelancaran Mingguan mStar. Ini dia gambar terbaru DD.

4388769811 3A37376447 O | 5

4388769579 E3Da9D5C3D O | 6

4388769291 606F21F4Fb O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Mingguan mStar

The Jacksons: A Family Dynasty