in

Keriuhan Gabungan PenyampaI SURIA FM Artis Lama & Artis Baru Di Pulau Pinang

Bermula pada awal April yang lepas, Suria telahpun memulakan siri Jelajah Suria 10 Tahun yang dianjurkan sempena meraikan ulang tahun ke 10 Suria. Lokasi pertama jelajah ini di Batu Pahat telah menyaksikan pelbagai reaksi daripada peminat dan pendengar Suria. Rata-ratanya amat menyokong dan menyukai initiatif Suria dalam membawa penyampai Suria dan artis-artis untuk turun padang beramah mesra bersama mereka.

Kemudian, Suria meneruskan jelajah ke Terengganu pula. Peminat di sana kelihatan teruja dan keadaan menjadi gamat apabila artis-artis bernama besar seperti Ella, Black, Ronnie Hussien, Tajul, Wany Hasrita, Sarah Fazny dan Azian Mazwan Sapuwan membuat persembahan mendendangkan lagu hits mereka.

S14

Ternyata Suria memberikan ‘Segalanya Hiburan’ kepada pengunjung yang hadir ke siri jelajah ini dengan persembahan pentas daripada penyampai Suria dan artis jemputan. Malah hiburan berbentuk aktiviti dan permainan pentas turut disediakan kepada pengunjung yang memberi peluang kepada mereka untuk memenangi hadiah wang tunai dan barangan eksklusif Suria. Bukan hanya untuk berhibur, inilah masanya pendengar dan peminat semua berpeluang mengambil tanda tangan dan bergambar bersama penyampai atau artis kegemaran mereka.

15 April lepas merupakan hari yang dinantikan buat mereka yang berada di Pulau Pinang kerana mereka berpeluang beramah mesra dan bertemu dengan lebih dekat penyampai Suria dan artis jemputan yang dibawa. Bertempat di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pengunjung dapat menyaksikan secara langsung persembahan daripada artis popular seperti Zarul Husin, Sufian Suhaimi, Irfan Haris, De Fam, Oja & Tunable Band, Empayar by Ajai dan Salma.

Jelajah Suria 10 Tahun seterusnya Mydin Ipoh, Perak pada 22 April dengan barisan artis seperti Amy Search, Hazami, Khai Bahar, Indah Ruhaila, Wanie Mentor, Sissy Iman dan Ir Radzi sebelum melabuhkan tirainya di Selangor pada 29 April ini.

Jangan lupa untuk menonton video-video berdurasi pendek terbitan Suria seperti Suria Jam, #ApaItuCinta, Parodi Zulin dan banyak lagi di laman web www.suria.my

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #JelajahSuria10Tahun untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

S13

S12

S11

S10

S9

S8

S7

S6

S5

S4

S3

S2

S1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Dayang Nurfaizah Kata Album Terbaru Ini SEMPURNA

Apa Yang Menarik Menanti Anda di AIFFA 2017