in ,

LoveLove

Satu Perjalanan Menerusi Jelajah Lambaian Kaabah

Andalusia Travel and Tours bekerjasama dengan Karnival Geng Masjid imarah 50 buah Masjid dalam Malaysia selama 10 bulan.

Jelajah Lambaian Kaabah adalah sebuah jenama karnival yang dianjurkan oleh Andalusia Travel and Tours sejak tahun 2018 dan telah berjaya di 15 buah Masjid sebelum ini. Kini, JLK kembali lagi untuk edisi kedua dan bekerjasama dengan Karnival Geng Masjid membawakan tema SATU PERJALANAN.

JELAJAH LAMBAIAN KAABAH 2.

KONSEP ‘JELAJAH LAMBAIAN KAABAH 2.0’

Gabungan 2 sinergi ini diharapkan boleh memeriahkan lagi 50 buah Masjid yang terpilih dalam Malaysia. Dijadualkan bermula pada awal Julai 2019 sehingga April 2020. Dijadualkan 50 buah masjid ini akan dijelajah secara berperingkat dan keistimewaan kerjasama ini, akan ada beberapa tarikh yang akan dijelajah secara serentak. Itulah gabungan yang unik dan jitu dari kedua buah jenama yang prolifik dengan nama yang kukuh di mata masyarakat.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana pada hari ini, dengan izinNya, Andalusia di beri peluang sekali lagi untuk melebarkan misi kami dengan gabungan bersama KGM Event demi untuk mencapai objektif yang seiring iaitu menghampiri seramai mungkin bakal tetamu Allah di Malaysia.

JELAJAH LAMBAIAN KAABAH 2.

Dalam misi Karnival Jelajah Lambaian Kaabah 2.0 ini, Andalusia tetap memilih masjid untuk menjalankan program positif mendekati masyarakat dari pelbagai lapisan umur dan strata sosial. Objektif kami, selain dari membawa nama Andalusia sebagai syarikat pengurusan umrah dan haji yang dipercayai, kami juga ingin menjadikan karnival JLK 2.0 ini sebagai pusat rujukan bagi umat Islam yang ingin mengerjakan umrah dan haji.

Pada pendapat kami, masjid sepatutnya dijadikan tempat perkumpulan masyarakat seperti di zaman Rasulullah s.a.w. Waktu itu, masjid adalah sebagai tempat untuk bersatu dan menyatu. Dan inilah merupakan salah sebuah tema yang kami ingin ketengahkan.

Justeru itu, gabungan Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd bersama dengan Karnival Geng Masjid adalah sebuah usaha untuk mengimarahkan Masjid, sebagai tanda penghargaan kepada pencinta Masjid dan Agama Islam tidak kurang juga sebagai usaha kami mendekatkan orang ramai kepada program-program karnival hiburan dan santai tetapi patuh Syariah. Usaha ini diharapkan akan membawa lebih ramai pengunjung ke 50 buah masjid yang tersenarai.

JELAJAH LAMBAIAN KAABAH 2.

Melihat kepada pengalaman rakan sinergi ini dalam menguruskan karnival Masjid lebih dari EMPAT tahun, semestinya edisi kedua JLK akan lebih mendapat perhatian daripada pelbagai aspek seperti jemputan slot dan promosi.

Kami berharap kerjasama karnival ini bakal berlangsung dalam suasana yang sangat meriah seperti yang dirancang dan berjaya menyampaikan mesej bahawa segalanya bermula dengan SATU PERJALANAN dan berakhir dengan pengakhiran yang sama.” – Hajjah Ida Riswana Idris, Pengarah Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd.

JELAJAH LAMBAIAN KAABAH 2.

Berikut merupakan ucapan dan harapan dari Puan Ida, wakil dari Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.

Menurut Encik Ashraf Alam, Penerbit Media Karnival Geng Masjid pula berkongsi kenyataan, “Akhirnya usaha kecil kami untuk membawa masjid seiring dengan gaya hidup moden serta mendapat liputan dari media secara menyeluruh kini menjadi realiti. Selama ini kami hanya menjalankan usaha kolektif sesama sendiri kerana berkongsi minat yang sama dan hanya menyimpan cita-cita untuk berusahasama dengan syarikat yang besar.

Kini segalanya menjadi realiti apabila, Karnival Geng Masjid dapat berusahasama Jelajah Lambaian Kaabah anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Kami berharap agar, acara ini akan mendapat liputan dari media dalam mengangkat martabat masjid sebagai sebuah pusat komuniti islamik zaman kini.” Ini merupakan usaha tahun kedua dari pihak KGM.

JELAJAH LAMBAIAN KAABAH 2.

Jelajah Lambaian Kaabah bersama Karnival Geng Masjid ini telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pelancongan, Seni & Kebudayaan, YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik dan menurut YB Menteri;

“Karnival ini merupakan sebuah usahasama memperkenalkan masjid kepada masyarakat dengan membawakan elemen islamik yang lebih santai. Gabungan dua nama yang dipercayai ini akan berjaya membawa lebih ramai pengunjung ke 50 buah masjid yang tersenarai. Usaha ini dianggap murni di mata masyarakat kerana berjaya menggabungkan hiburan yang patuh Syariah dengan karnival yang mendekatkan masyarakat serta menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti setempat.

Memperkenalkan agen pelancongan yang berjaya dan diikitiraf serta konsep mesra muslim kepada pelanggan. Dalam masa yang sama, usaha ini membawa peluang kepada pelancong untuk keluar negara dengan lebih yakin dan masih dalam nilai Islamik.” Membawa konsep pelancongan dari masjid ke masjid juga merupakan antara nilai tambah di dalam karnival ini yang belum pernah dijalankan di Malaysia.

Seiring dengan program jelajah 50 buah masjid bersama dengan selebriti tempatan seperti Hafiz Hamidun, Fitri Haris, Bell Ngasri, Shuk Hot FM, Ustazah Isfadiyah, Adam Corrie Lee, Ustaz Dinie Juri, Ustaz Syed Kadir dan ramai lagi.

Diharapkan agar usaha murni ini akan menjadi sebuah platform penyatuan ummah yang sekaligus akan mengangkat nama masjid setempat di mata masyarakat.

JELAJAH LAMBAIAN KAABAH 2.

TRIVIA MENGENAI ‘JELAJAH LAMBAIAN KAABAH’

  1. ‘Jelajah Lambaian Kaabah 2.0’ ini meletakkan sasaran pengunjung selama 2 hari 1 malam ini seramai 3000 orang.
  2. Masjid diangkat sebagai bukan saja tempat untuk beribadah malah pusat komuniti untuk masyarakat setempat.
  3. Sebagai sebuah hub rasmi untuk rujukan masyarakat mengenai agen pelancongan yang terbaik untuk pakej HAJI DAN UMRAH.
  4. Satu Perjalanan tema yang dibawakan boleh dijelaskan dengan dua maksud.
    1. Perjalanan sebagai orang Islam mencari ilmu untuk bekalan akhirat
    2. Perjalanan muslim dalam mengembara melihat kebesaran Allah
  5. 7 agensi pelancongan akan berada di setiap karnival untuk membantu orang ramai memilih pakej yang terbaik dan tidak tertipu.
  6. Slotprogramyangdijadualkansesuaiuntuksatukeluargaataupelbagai lapisan umur datang memeriahkan Masjid.
  7. Air zam-zam akan diberikan minum percuma kepada pengunjung mengikut jadual yang ditetapkan.
  8. Lebih 50 peniaga muslim akan membuka gerai jualan semasa karnival berlangsung.
  9. Jualan tapak gerai jualan bermula RM 200 hingga RM 350 mengikut syarat tertentu.

IKUTI INFO TERKINI ‘JELAJAH LAMBAIAN KAABAH 2.0” DI PLATFORM INI

Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd Karnival Geng Masjid

@Umrahandalusiadotcom @Karnivalgengmasjid @jelajahlambaiankaabah

JELAJAH LAMBAIAN KAABAH 2.
JELAJAH LAMBAIAN KAABAH 2.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

‘Ada Masalah, Tapi Bukan Orang Ketiga’ – Fizo Omar

INTERNATIONAL INDIGENOUS FILM FESTIVAL KUCHING at the Rainforest Fringe Festival 2019