in , ,

‘Ada Masalah, Tapi Bukan Orang Ketiga’ – Fizo Omar

PELAKON dan usahawan, Fizo Omar, 34, mengakui perkahwinannya dengan Mawar Abdul Karim, 30, kini berdepan kemelut tetapi menafikan ia berpunca daripada orang ketiga.

Fizo berkata, dia sudah berusaha memberikan yang terbaik untuk rumah tangganya itu.

“Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-Nya.

“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuan-Nya,”

– Fizo Omar

Fizo berkata, pada mulanya masalah yang dihadapi tidak begitu serius dan mereka sudah berbincang secara baik untuk menyelesaikannya pada Ramadan lalu.

“Namun, apabila saya dapat tahu Mawar sudah mendapat nasihat daripada peguam, saya tahu perkara ini sudah menjadi serius,”

– – Fizo Omar

Menurut Fizo, dia hanya mendapat tahu Mawar sudah bertemu peguam untuk mendapat nasihat berkaitan rumah tangga mereka menerusi media.

“Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini, saya masih menunggu perkembangan dan tindakan selanjutnya daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami ini,”

– Fizo Omar

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada mereka masih tinggal sebumbung atau tidak, Fizo enggan mengulas.

Menurut Fizo, apa pun yang berlaku terhadap perkahwinan mereka, dia tidak akan mensia-siakan satu-satunya anak mereka, Wan Maryam, 2.

“Empat tahun saya menunggu kehadiran cahaya mata dan Wan Maryam adalah darah daging saya. Hubungan darah itu tidak akan terputus sampai bila-bila. Saya mohon semua sama-sama mendoakan yang terbaik buat kami,”

– Fizo Omar

Media sebelum ini melaporkan Mawar sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.

Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula meraikannya di Pulau Pinang.

Mereka juga enggan mengulas mengenai perkara itu ketika ditanya media sebelum ini.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Kredit Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elly Mazlein Umum Akan Nikah Perkenal Bakal Suami Pada Malam Berinai

Satu Perjalanan Menerusi Jelajah Lambaian Kaabah