in , ,

Jelajah 90 Suria Bakal Gegarkan Paradigm Mall Johor Bahru, Johor 

Jelajah 90 Suria Memang Cantik KAK ELL yang diadakan pada 13 Ogos 2022 di Aman Central, Alor Setar, Kedah telah berjaya mencuri tumpuan lebih 5,000 pengunjung dengan persembahan pembukaan daripada pemenang pertandingan Busker 90 Suria, kumpulan ‘SevenBy7’.

Persembahan barisan artis popular seperti Haqiem Rusli, Rahmad Mega, Safura, Poey Stings, Alim Kris, Tajul, Afieq Shazwan, Yonnyboii, Dolla, Hakim Khan, Farra Ahmad, Aiman Zaidi, Ahmad Syafiq, Wawa Shazwa dan Syeera Aziz berjaya memukau pengunjung yang hadir.

Jelajah 90 Suria Bakal Gegarkan Paradigm Mall Johor Bahru, Johor

Roslinda Abd Majid atau dikenali sebagai DJ Lin, selaku Pengurus Besar Suria FM meluahkan rasa bersyukur dan gembira di atas sambutan luar biasa warga Utara terhadap acara ‘Jelajah 90 Suria Memang Cantik KAK ELL’ sekaligus mengharapkan kemeriahan serta sambutan seumpama ini berterusan untuk lokasi jelajah seterusnya di Paradigm Mall, Johor Bahru, Johor pada Sabtu ini (20 Ogos) dan juga penaja bersama Celcom, Rangkaian Pilihan No. 1 di Malaysia.

Jelajah 90 Suria Bakal Gegarkan Paradigm Mall Johor Bahru, Johor

“Mewakili pihak Suria FM, kami amat berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat setia Suria di utara yang sudi hadir. Sambutan hebat ini bukan sahaja dapat dilihat daripada jumlah pengunjung yang hadir, bahkan daripada jumlah tontonan yang hampir mencecah 100,000 penonton di platform digital Suria FM. Cukup menarik juga apabila hasil jualan dari booth ‘KEDAI SURIA’ melebihi RM11,000”, ujar DJ Lin. 

Jelajah 90 Suria Bakal Gegarkan Paradigm Mall Johor Bahru, Johor

Tambah DJ Lin lagi, “Lokasi ke-3 pada Sabtu ini, akan menemui peminat dan pendengar Suria FM di selatan tanah air, iaitu di Paradigm Mall, Johor Bahru bermula jam 2 petang hingga 6 petang menampilkan penyampai Suria dan barisan artis popular seperti Renggo Arrow, Wan Lestari, Zamani Slam, Siti Nordiana, Floor 88, Kumpulan Boboy, Nabila Razali, Fieya Julia, Yonnyboii, Dolla, Aiman Zaidi, Hakim Khan, Farra ahmad, Ahmad Syafiq dan Wawa Shazwa.”

Jelajah 90 Suria Bakal Gegarkan Paradigm Mall Johor Bahru, Johor

Paling mengujakan, pengunjung juga berpeluang menangi hadiah cabutan bertuah seperti  Motosikal Modenas MR 3, Basikal lipat Dahon Dream 6, set barangan elektrik juga Pakej Percutian 2 Hari 1 Malam. Caranya pengunjung perlu membeli ‘Barangan Eksklusif Suria’ yang dijual di Booth ‘KEDAI SURIA’ sepanjang konsert berlangsung dengan minima pembelian RM50. 

Jelajah 90 Suria Bakal Gegarkan Paradigm Mall Johor Bahru, Johor

Pengunjung juga berpeluang memenangi wang tunai dengan menyertai cabutan bertuah bersama KAK ELL dan aktiviti Soal Jawab bersama Celcom.

Jelajah 90 Suria Bakal Gegarkan Paradigm Mall Johor Bahru, Johor

Maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Gunakan #Jelajah90Suria #Jelajah90SuriaMemangCantikKakELL #kakell #memangcantik untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awie | 18

Awie Sedih Industri Muzik Dilacurkan Founder Kemaruk Jadi Penyanyi

Zamani Syawal Ini | 19

Konsert Doa Buat Zamani Unplugged Pada 30 September Ini