in , ,

Awie Sedih Industri Muzik Dilacurkan Founder Kemaruk Jadi Penyanyi

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula founder produk dan juga TikToker muncul dengan single mereka semata-mata untuk tujuan marketing.

Memetik mStar Online, penyanyi Datuk Awie yang diminta mengulas mengenai perkara itu meluahkan rasa kecewa melihat trend tersebut serta menyifatkan tindakan mereka itu mersosakkan industri muzik.

“Apa nak jadi dengan industri muzik kalau mereka melacuri industri ni dengan teruknya, teruk sangat tahu tak!

“Tiba-tiba stesen TV pakai lagu mereka untuk program, radio pakai lagu mereka untuk pasang walhal mereka bukan penyanyi, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi nak menyanyi. Saya minta maaf, bukan saya bagus sangat saya pun tak bagus tapi saya sayangkan industri ni,”

– Awie

Menurut Awie lagi, ‘orang berduit’ ini juga sewenangnya membuat kontroversi murahan dengan tujuan mempromosikan lagu mereka sehingga ditegur oleh ulama.

– Awie“Tiba-tiba datang orang berduit menghancurkan industri. Rosak! Alim ulamak pun marah, netizen hentam, dia lagi bangga diri. Kau tak kesian ke?

“Kalau kau tak berkemampuan untuk membuat sesuatu yang elok, kau laburkan kepada mereka yang lebih elok. Cari orang yang betul-betul boleh nyanyi untuk produk engkau,”

– Awie

Dalam pada itu, Awie berkata tindakan mereka ini juga sekaligus memalukan nama negara apatah lagi sekarang ini segala perkongsian di media sosial boleh ditonton di seluruh dunia.

“Kau tak malu ke nama Malaysia buruk kerana kau? Kau nak dapat rating kau, viewers untuk kau tapi kau hancurkan nama Malaysia dan nama Melayu khususnya orang Islam. Malu dik!”

– Awie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peluang Kedua Buat Nashrain Melalui Single Pertama Berjudul DAHLIA

Jelajah 90 Suria Bakal Gegarkan Paradigm Mall Johor Bahru, Johor