in ,

Jawapan Trivia: Tas Tangan Anita Sarawak

Nampaknya, tiada pembaca yang boleh menjawab trivia INI. Mungkin klu tak cukup kuat untuk buat tekaan. Jawapannya ialah: ANITA SARAWAK.

Pada 5 September lalu, Anita Sarawak telah melancarkan lagu single raya terbaru berjudul MAAFKAN.

Budiey dah dengar LAGU MAAFKAN yang ditulis oleh Helen Yap dan lirik oleh Johan Nawawi & Haslan Hussain di majlis pelancaran album single raya yang diadakan di Restoran Halabi, Hotel JW Marriot, Bukit Bintang pada jam 5.30 petang.

Sebuah lagu yang dimulakan dengan bunyi seruling yang mengembalikan kita kepada kenangan lalu. Tapi adakah lagu ini akan menjadi sebuah lagu wajib untuk dipasang setiap kali tiba hari raya? Itu terserah pada pendengar di luar sana. Mungkin ya dan mungkin lagu ini tenggelam.

Ianya berentak balada dan ada imbas mirip-mirip lagu-lagu balada yang pernah dinyanyikan oleh Kak Nita. Pastinya, lagu indah ini akan berkumandang di radio-radio nanti~

Anita Sarawak

Fashionista Anita

Mahathir

Menemani suami yang sedang baca ucapan~ BM abang Mahathir bertambah okay~

3890300666 C9Db35F2Ab O | 4

Pasangan bahagia~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia

Pelancaran Novel LUKA