in ,

Jawapan Trivia: Shahz Jaszle Cari Wanita Mata Menawan

Fulamak, punya la payah nak sebut nama pelakon remaja ni. SHAHZ JASZLE. Pembaca semua kena sebut betul-betul, nanti terkehel pulak lidah tu.

Okay, jawapan kepada trivia pagi tadi ialah SHAHZ JASZLE, seorang pelakon muda remaja yang Budiey rasa patut dinominasikan antara pelakon harapan Malaysia. Drama Bio-Nik sedikit sebanyak menaikkan nama pelakon yang mempunyai 7 adik beradik ini. Namun, sebelum itu, ramai yang tidak tahu, beliau juga adalah hos dalam program Naratif Remaja di TV1. Pernah belajar di Kolej Komuniti Selayang dan katanya akan menyambung pelajaran ke Gold Coast, Australia. Dengar ceritanya, semua adik beradiknya sangat edducated dan berpelajaran tinggi dan kerja pun semua bergaji besar.

Rezeki Shahz terbentang luas selepas bakat dan penampilan wajah maskulinnya ternyata memberi peluang untuk berlakon selepas menghadiri casting di mana pada waktu itu, Shahz hanya menemani kawannya sahaja. Tup-tup, dia pulak yang dapat.

Kini, kerjaya seni Shahz Jaszle semakin berkembang setelah ditawarkan untuk membintangi drama yang dibawakan oleh InnerShine berjudul Dari Mata Ke Hati yang menggandingkan pelakon Intan Ladyana, Ashraf Muslim, Sari Yanti dan Sharnaz Ahmad.

Drama komedi akan ditayangkan di TV3 sebanyak 5 episod mulai 7 November 2009, setiap Sabtu, jam 4.45 petang dan kompilasi kesemua espisod secara marathon selama satu jam pada 12 Disember 2009. jangan lupa tonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

10 Artis Indie Malaysia Gegarkan Konsert Gegar Generasiku

Koleksi Video Reality TV Project Alpha Budiey