10 Artis Indie Malaysia Gegarkan Konsert Gegar Generasiku

KONSERT GEGAR GENERASIKU HIMPUNKAN 10 ARTIS INDIE MALAYSIA

Pendekatan diambil pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam usaha mendekatkan golongan remaja dengan RTM pastinya meninggalkan impak yang bukan sedikit kesannya apatahlagi pendekatan dilakukan melibatkan aktiviti yang digemari dan menjadi ’kegilaan’ golongan ini dengan penganjuran Konsert Gegar Generasiku yang dilangsungkan pada 1 November 2009 (Ahad), jam 8.30 malam.

Diadakan bertempat di Padang Semarak Angkasapuri, Kuala Lumpur, Konsert Gegar Generasiku ternyata menyokong usaha RTM menyahut seruan kerajaan dalam membantu mengurangkan kadar jenayah jalanan mat-mat rempit khasnya sebanyak 20 peratus pada penghujung tahun 2010 dengan mengambil langkah positif menerbitkan konsert ini.

4055008868 6Abb9C706F | 4

Maximus

Apatahlagi pendekatan mengadakan konsert ini turut mendukung harapan RTM dalam usaha untuk ’meremajakan’ RTM menerusi program-program terbitannya sekaligus mencapai matlamat menjadikan stesen penyiar rasmi kerajaan ini disayangi dan digemari golongan muda. Malah mencetuskan persaingan  secara sihat dengan stesen TV swasta yang lain.

Penglibatan kumpulan-kumpulan dan pencipta serta penulis lirik indie yang sedang mencipta nama di negara kita yang mana antara mereka ada yang tidak dikenali di persada muzik mainstream tetapi popular di kalangan mereka pastinya mampu menghimpunkan kelompok peminat genre muzik ini menyaksikan persembahan mereka berhibur bersama sekaligus mengelakkan mereka terlibat dengan sebarang aktiviti yang tidak berfaedah.

4054266547 Ec52B2Fa66 O | 5

Aisunam

Konsert diterbitkan RTM ini menjanjikan persembahan mantap dan bertenaga membariskan 10 artis indie yang bakal tampil menghiburkan penonton dengan lagu-lagu menarik yang kebanyakannya hasil karya ciptaan mereka sendiri termasuklah Pesawat (Mirage / Excuse Me), Maximus (Apa Mahumu / Jadikanlah Rahsia), Aisunam (Bisikan / Manusia), Estranged (Ketika Ini / Yang Pernah / Masa), Azlan & The Typewriter (Kelibat Si Penyair / Lipstik, Plasik, Kosmetik) , Bunkface (Prompt Queen / Situasi / Revolusi), One Nation Emcee (Dendangkan / Raja Gelek / Boom Boom Pown), Paper Plain Persuit (Lupakan Dunia / Revolution), Ana Raffali (Mekanika / Hujan Di Kuala Lumpur) dan Aizat & Band (Fikirlah / Kau Aku / Susun Silangkata).

Kepada anda yang berminat untuk sama-sama menyaksikan konsert ini, pastikan anda datang beramai-ramai pada 1 November 2009 (Ahad), jam 8.30 malam bertempat di Padang Semarak Angkasapuri, Kuala Lumpur.

4054265983 E14Cdee2E7 O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Bual Bicara Apa Kata Wanita Lebih Realistik

Jawapan Trivia: Shahz Jaszle Cari Wanita Mata Menawan