in ,

Jawapan Trivia: Penyanyi Mana Yang Obses dengan Cincin & Bandana?

Oklah, jawaban kepada trivia kita yang terdahulu, cincin penyanyi manakah ini?… ialah ADAM!

Gambar Hiasan

Mesti ramai tak dapat meneka sebab klu yang Budiey berikan agak samar-samar. Memang penyanyi kelahiran Kota Kinabalu ini suka pakai cincin dan pernah dulu digossipkan bercinta dengan Juliana Evans. Tetapi sekarang Adam cakap dia sedang mengenali seorang wanita yang mana wanita itu bukannya seorang selebriti.

2874581509 70A2054F12 | 4
Obses dengan bandana dan cincin, Adam nampak lebih COOL

Sebati dengan dirinya yang suka dengan irama pop-dance, album terbaru Adam berentak pop-tronik (pop-dance + elektronik) lebih digemari oleh Adam.

‘Adam 3’ ada lima lagu rancak dan lima lagu berentak balada. Single pertama berjudul Robot berentak rancak (pop-tronik) dan sudah mula mendapat sambutan di corong radio. Lagu rancak lain termasuk Tukang Gempak, Berbuah 2 Kali, Dia Ada Stail dan Tinggal Kenangan. Lagu-lagu berentak balada ialah Jika Tak Kerna Kamu, Benar-benar, Putus, Anganku Melayang dan satu lagu ciptaan penuh Adam berjudul Terima Kasih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hadiah Kasut Raya Dari Albertini Italy

Gambar Sairah di Majlis Berbuka Puasa SNP