in ,

Jasad Bekas Imam Ditemui Sempurna, Ditutupi Kulit Balak & Menghadap Kiblat

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan fenomena kepala air di Puncak Gunung Jerai yang telah menyebabkan banjir besar di lebih 10 kampung dan banyak taman perumahan di sekitar Yan, Gurun dan Tupah.

Kejadian yang disifatkan seperti ‘tsunami kecil’ itu ekoran dari keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata turut mengakibatkan beberapa nyawa terkorban manakala dua lagi masih hilang.

Terbaru semalam, jasad seoarang mangsa yang hilang iaitu lelaki warga emas berjaya ditemui di bawah timbunan batang pokok di sebuah chalet dekat Air Terjun Batu Hampar

Jasad Bekas Imam Ditemui Sempurna, Ditutupi Kulit Balak & Menghadap Kiblat

Namun penemuan beliau tular selepas jasad beliau dikatakan masih sempurna walaupun sudah 5 hari dilaporkan hilang dalam mengiring menghadap kiblat kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai.

Mayat mangsa, Ku Shuib Ku Abdullah, 91 yang juga bekas Imam Masjid Jamek Badlishah, Yan ditemui anggota bomba bawah timbunan kayu ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

“Mangsa kelima ditemui menghadap kiblat dan tidak mengalami kecederaan teruk cuma luka sikit akibat ditimpa kayu,” kata Mohamad Izham Aminuddin, pegawai Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang turut serta dalam misi membantu mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Lebih mengejutkan orang ramai dimana keadaan jasadnya ditemui dalam keadaan cukup sempurna tanpa sebarang kecederaan serius sebaliknya hanya kesan calar di anggota badannya  meskipun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar.

Menurut seorang pengguna TikTok, dia memaklumkan yang jasad allahyarham juga seakan ditutupi dan ‘dilindungi’ dengan kulit kayu balak ketika ditemui penyelamat.

Jenazah difahamkan berjaya dikeluarkan kira-kira 5 minit sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Yan untuk proses selanjutnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro SMK Kembali Untuk Musim Ketiga Dengan Kehadiran Watak-Watak Baharu!

Drama Bersiri ALI ALIA Singkap Realiti Kemelut Rumah Tangga