in , ,

Janna Nick Masuk Askar dalam LEFTENAN ZANA

Tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang kontroversi, Janna Nick nekad untuk menukar kerjayanya daripada seorang artis popular untuk menjadi seorang tentera! Macam tak percaya, tetapi semuanya memang betul!

Sememangnya Janna telah membuat permohonan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia tetapi sekadar tuntutan watak di dalam drama terbaharu terbitan JS Pictures Sdn. Bhd iaitu Leftenan Zanayang bakal bersiaran hari ini, 8 Februari!

Janna Nick Masuk Askar dalam LEFTENAN ZANA

Janna Nick Sertai Angkatan Tentera Malaysia!

Drama arahan Azman Hj. Yahaya  ini mengisahkan mengenai impian Zana (Janna Nick) yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat (Hairie Othman).  

Sinopsis Drama LEFTENAN ZANA

Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat. 

Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.

Janna Nick Masuk Askar dalam LEFTENAN ZANA

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar (Sheila Rusly) yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz (Tunku Hanis) yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem.

Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya? Ikuti perjalanan Zana dalam mengharungi cabaran untuk bergelar seorang anggota tentera yang dilakonkan oleh Janna Nick, Sheila Rusly, Redza Rosli, Tunku Hanis, Hairie Othmandan ramai lagi ini setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam

Saksikan mulai 8 Februari, Rabu hingga Jumaat, 9.00 Malam! 

Janna Nick Masuk Askar dalam LEFTENAN ZANA
Janna Nick Masuk Askar dalam LEFTENAN ZANA
Janna Nick Masuk Askar dalam LEFTENAN ZANA

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Misha Omar

Peraduan Menang Tiket Khas Ke Konsert Soul Sisters

Travelog Jelajah Korea Selatan Bersama Christina Suzanne dalam KAMPUSPEDIA