in , , , ,

Peraduan Menang Tiket Khas Ke Konsert Soul Sisters

Tiga penyanyi hebat yang sedang ligat berlatih untuk konsert yang bakal menggegarkan Panggung Sari di Istana Budaya pada bulan April sedang mencari peminat bertuah yang akan diberi peluang untuk menyaksikan konsert preview ekslusif.

Peminat bertuah akan diberi peluang untuk menyaksikan konsert preview khas dan juga beramah mesra dengan ketiga-tiga penyanyi tersebut dengan menyertai cabaran #SoulsistersConcertChallenge.

Anda yang berminat menyertai hanya perlu mengambil gambar bersama kawan anda dengan membuat gaya seperti trio Soul Sisters dan muatnaik di laman instagram dan sertakan sekali hashtag #SoulSistersConcertChallenge di dalam caption.

Peraduan Menang Tiket Khas Ke Konsert Soul Sisters

Noryn, Misha & Sarah mencari peminat bertuah untuk menang tiket khas ke preview konsert Soul Sisters .

Pemenang akan dipilih oleh Noryn, Misha dan juga Siti Sarah! Maklumat lanjut boleh didapati di akaun instagram rasmi konsert tersebut iaitu @soulsistersconcert

Konsert Soul Sisters adalah produksi pertama Edd Razhe Entertainment (ERE) dan konsert yang akan berlangsung selama dua malam itu bakal dipentaskan pada 5 dan 6 April 2019.

Tiket boleh didapati melalui www.airasiaredtix.com pada harga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond) , RM355 (Platinum) , RM255 (Gold) dan RM155 (Silver).

Peraduan Menang Tiket Khas Ke Konsert Soul Sisters

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Heliza Helmi Ambil Pendekatan Diplomasi Bertemu Emma Maembong

Janna Nick Masuk Askar dalam LEFTENAN ZANA