in , ,

Jamming Hot LIVE Menampilkan Penyanyi Popular Mulai 5 Oktober Ini

Hot FM kini kembali menghangatkan penstriman digital melalui Jamming Hot LIVE. Jamming Hot yang merupakan ‘sub-content’ digital Hot FM adalah antara kandungan digital yang paling disukai dan ditonton peminat Hot FM.

Dengan jumlah yang mampu mencapai hampir 1 juta tontonan, Hot FM telah memutuskan untuk menganjurkan kempen Jamming Hot LIVE sebagai satu kesinambungan buat Jamming Hot atas permintaan pendengar Hot FM. Jamming Hot LIVE bakal menampilkan barisan artis hebat tanah air seperti Loca B, Kaka Azraf, Tuju, Andi Bernadee, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Naim Daniel, Ismail Izzani, Aina Abdul, Faizal Tahir, Hael Husaini dan ramai lagi.

Berkonsepkan persembahan secara LIVE, Jamming Hot LIVE boleh distrim secara langsung menerusi FB LIVE Hot FM setiap Isnin – Jumaat, jam 9 malam mulai 5 Oktober ini.

Jamming-Hot-Live002

Memetik kenyataan Ketua Kandungan Hot FM, Ainul Farhana berkata “Hot FM ingin membawa interaksi mesra secara virtual antara artis dan peminat supaya peminat dapat melepaskan kerinduan kepada persembahan LIVE artis-artis tanah air.

Memandangkan kita berada di era norma baharu, pihak Hot FM berharap konsert secara virtual ini dapat memberikan suasana baru dalam industri hiburan Malaysia, malah, lebih daripada itu kerana penstriman ini juga dapat ditonton oleh peminat di seluruh dunia.”

Oleh itu, untuk memastikan peminat dan pendengar Hot FM tidak terlepas untuk menyaksikan Jamming Hot LIVE ini, pastikan pendengar LIKE & FOLLOW Facebook Hot FM dan siap siaga mulai 5 Oktober ini, 9 malam. 

Jamming-Hot-Live001

Pendengar juga boleh dapatkan info lanjut mengenai Jamming Hot LIVE di laman web dan laman media sosial rasmi Hot FM; www.hotfm.com.my /  YouTube: Hot TV / Instagram / Twitter: @hotfm976 / Facebook: Hot FM / Whatsapp: 017 – 302 8822

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura Selamat Melahirkan Anak Perempuan, Fattah Kongsi Rasa Syukur di Instagram

Cinta Tergantung di Tengah Jalan Dalam JELASKAN Nyanyian Sandra Dianne