Jamal Abdillah Tidak Stabil di Konsert Amal Kasih?

Budiey tidak dapat ke Konsert Amal Kasih Jamal Abdillah dan Saleem yang telah berlangsung pada 11 Mac hingga 13 Mac di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kerana terpaksa mengikuti showcase Sean Kingston.

Konsert yang menggandingkan dua penyanyi lelaki bersuara jantan katanya telah menggegarkan pentas Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Wah! Tempat yang sama juga pernah digegarkan dengan suara cemerlang Sheila Majid di Konsert Amal Sheila Majid untuk tabung Institut Jantung Negara.

Namun, Budiey ada dengar cerita pasal persembahan Jamal Abdillah yang tidak stabil pada malam itu. Tidak tahu sebab apa, mungkin sebab Jamal terlalu excited dan seronok pada malam itu sehingga terpaksa ditenangkan oleh krew.

Yang penting, konsert berjalan lancar dan ada masanya juga penyanyi terlupa lirik seperti kebiasaannya berlaku. Yang menariknya, Budiey rasa konsert ini lebih power kerana diiringi Orkestra Simfoni Kasih di bawah pimpinan pemuzik dan komposer terkenal, S. Atan. Datuk Dr Ahmad Nawab dan Misha Omar katanya bergandingan dengan Jamal dan Saleem. Sementara undangan khas termasuk kumpulan Blues Gang (11 dan 12 April), Aris Ariwatan (12 dan 13 April) dan komposer terkenal Pak Ngah (11 dan 13 April). Konsert ini akan diiringi Orkestra Simfoni Kasih di bawah pimpinan pemuzik dan komposer terkenal, S. Atan.

[tags]konsert jamal, saleem, lupa lirik, pusat konvesyen, fifi pecat pengurus, 101 romantic ideas, bring back lost love, dr fadzillah kamsah, how to bring back your lost love, huggable bear, khairunnisak, kissing tips and techniques, long distant relationships, miserable life, klcc, s atan, orkestra, simfoni, kebangsaaan, pak ngah, sheila majid, dadah, drug addict, effect[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Shooting Ashraf Muslim @ Matic, Jalan Ampang

Gambar Marsha Milan Londoh di M-IFW 2008 @ The Garden