in

JAMAL ABDILLAH & REY @ BINTANG-BINTANG RTM2

JAMAL ABDILLAH & REY TEMUI PENONTON MENERUSI BINTANG-BINTANG (28 JUN 2008) DI RTM2

Kerinduan peminat terhadap suara ‘jantan’ pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali yang dilahirkan pada 7hb Mei 1959 ini pastinya terubat dengan menyaksikan Bintang-Bintang, 28 Jun 2008 (Sabtu), jam 11.00 malam di RTM2 yang menampilkan kemunculan Jamal Abdillah dan Rey.

Hakikatnya mungkin ramai peminat penyanyi yang dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di negara Brunei Darussalam ini tidak terdedah dengan kenyataan dia tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik.

Begitu juga sejarah penglibatannya bermula menerusi Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam pada tahun 1973 selain menyertai 9 pertandingan nyanyian sebelum menjuarai pertandingan Bintang RTM 1979. Menariknya dia berjaya merangkul Johan dalam semua pertandingan yang disertainya.

Sepanjang setengah jam pertama, penonton juga berpeluang berkongsi pengalaman dan perkembangan terbaharu Jamal aktor popular yang pernah berpasangan dengan bintang pujaan tanahair, Fauziah Ahmad Daud dalam filem ‘Azura’ terbitan Sabah Filem tahun 1984. Istimewanya, ‘Azura’ juga diangkat sebagai filem Melayu pertama berjaya memperoleh kutipan tiket mencecah RM1 juta dalam sejarah perfileman tanahair.

Lalu,dengan berbekalkan semangat,dorongan serta permintaan ramai yang inginkannya berlakon lagi, maka pada tahun 1989 Jamal mendapat tawaran berlakon dalam filem ‘Tuah’ keluaran RJ Film Production milik Hajjah Rosnani Jamil. Sekali lagi Jamal menunjukkan lakonan yang memuaskan serta mendapat sambutan hangat.

Antara Filem-filem lain lakonannya termasuklah ‘Sejati'(1991),’Kekasih Awal Dan Akhir'(1993),’Suratan Kasih'(1996) & ‘Ghazal Untuk Rabiah'(1997). Semua filem lakonan beliau mencatat kutipan box-office terutamanya filem ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ bersama Sofia Jane yang memungut RM1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan dan RM2.1 juta selepas hampir sebulan menemui peminat filem Melayu di pawagam-pawagam seluruh tanahair, Brunei serta Singapura.

Menerusi bidang seni suara pula,Jamal mencuba nasib mencipta lagu dan menulis lirik, Mati Hidup Semula dalam albumnya yang diselaraskan S. Atan, Manan Ngah dan pencipta-pencipta yang terlibat dalam pembikinan album ini iaitu Kesuma Booty, Adnan Abu Hassan, S.Shahlan, Fauzi Marzuki dan Azmi Hamzah.

Ternyata bakat semulajadi Jamal terserlah kerana dia adalah seorang penyanyi serba boleh yang mampu menyampaikan lagu ciptaan sesiapa saja selagi bersesuaian dengan suaranya sekaligus Jamal Abdillah adalah sebenar-benarnya ‘Penyanyi Lelaki Bersuara Emas’ terunggul dan paling lama bertahan di arena muzik tanahair. Jamal akan terus kekal sebagai lagenda seni selamanya.

Menariknya berkemungkinan Jamal akan berkongsi rahsia dan tip menjaga suara kepada penonton dan penyanyi-penyanyi muda yang baru ingin memulakan tapak dalam industrI muzik. Antaranya seperti Rey yang dinobatkan Juara Bintang RTM 2007 juga turut ditampilkan sama untuk menemubual bakat baharu ini.

Rey, penyanyi kelahiran Sabah ini pastinya menggunakan sepenuhnya setengah jam berikutnya berkongsi bermacam perkara dengan peminat dan penonton yang menyaksikan program temu bual artis yang mengetengahkan nama Mohd Yusni Mohamed Ali sebagai penerbitnya ini.

Apatahlagi kemunculannya sememangnya dinantikan peminat setelah agak lama menyepi sesudah dinobatkan Juara Bintang RTM 2007 lalu. Begitu juga perancangannya selepas ini samada mahu menerbitkan album atau mengikut jejak artis solo lain yang mencuba nasib menceburi bidang lakonan.

Kemunculan Rey sebagai pemenang program realiti terbitan RTM itu ternyata membuktikan kejayaan tidak dapat diukur menerusi ketampatan atau kecantikan wajah dan tubuh badan semata-mata. Mungkin faktor itu mampu menyumbang motivasi kepada penyanyi amatur yang baharu ingin mengorak langkah dalam bidang nyanyian.

Kepada anda peminat Jamal Abdillah atau penonton setia rancangan RTM yang baharu mengenali Rey, usah lepaskan peluang manyaksikan Bintang-Bintang, 28 Jun 2008 (Sabtu), jam 11.00 malam di RTM2.

REY

[tags]http, artis, jamal abdillah, lirik, tips, berpacar, how to Fight, BitTorrent, Throttling, ISPs, REY, Firepow, Cheesemax, Riga, Scandinavia, Science, Second Life, Sex, Sex Offenders, Shameless, Self-Promotion, Shilebrities, Shopping, Guide, Slut of the Day, Social Awareness, lagu jamal, kesuma booty, emas, harga emas, euro, result, review euro[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Romeo Arahan Aziz M. Osman di TV3

Sinopsis Drama Ali Din