in

Ada Sebab Budiey Pilih Jam Tangan Claude Bernard Untuk Lebaran Ini

Tak lama lagi, dah nak raya. Rasanya macam baru je kita semua sambut lebaran 2014 kan? Cepat betul masa berlalu. Tup tup dah masuk pertengahan Ramadan dah. Sekarang dah tentunya, masing-masing tengah buat persiapan untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Macam-macam kena beli. Dari baju raya sehinggalah ke aksesorinya. Biar kena dengan gaya dan rupa. Barulah raya kali ini lebih ceria, ye dok?

Selain tu semua, tahun ni, Budiey rasa bertuah sebab aksesori seperti jam tangan dah pun siap sedia. Korang pun jangan pulak lupa… jam tangan pun nak kena yang baru uols. Bukan apa… biar sesuailah dengan baju raya tu nanti. Yang klasik akan bertambah klasik dan menawan bak selebriti popular gitu.

Ada Sebab Budiey Pilih Jam Tangan Claude Bernard Untuk Lebaran Ini

Jam tangan tetap menjadi pilihan, bukan sekadar menjaga masa malah ia juga untuk bergaya. Chewaaahhh… lebih meletop apabila Budiey dapat bergaya dengan jam tangan yang begitu sensasi masa kini, tidak lain dan tidak bukan, jam tangan dari Claude Bernard. Budiey suka pakai sebab jam tangan ni nampak sophisticated tapi masih mengekalkan nilai klasik. Tu yang ohsemnya bila pakai Claude Bernard.

Jam tangan dari Switzerland adalah antara pilihan individu yang mementingkan kualiti dan ia untuk dipakai oleh golongan pertengahan mahupun eksekutif muda sofistikated berpeluang memiliki jam ini. Koleksi terbaru ini turut mengetengahkan gaya lebih ‘sportage’ selain material besi dan kulit bagi menarik pembeli golongan muda lingkungan umur 25 hingga 40 tahun

Kepada yang belum mengenali lagi jam tangan ini. Claude Bernard, adalah sebuah peneraju jenama jam tangan terkenal yang berpusat di tengah-tengah Jura Mountains di Switzerland. Di mana di situ adalah tempat yang cukup terkenal dengan inovasi serta teknologi pembuatan jam lebih 40 tahun dan memperkenalkan koleksi jam tangan yang cukup bermutu dan elegan.

Jam tangan Claude Bernard menjadi tumpuan ramai pencinta jam seluruh dunia apabila melancarkan buat pertama kalinya koleksi open heart watch pada bulan Oktober tahun lalu.

Dengan pilihan warna putih, hitam dan kelabu, dipadankan pula dengan tali jam yang bermutu tinggi membuatkan sesiapa sahaja terpesona dengan pembuatannya yang cukup teliti. Namun, pada tahun ini, Budiey menjangkakan ramai lagi peminat jam yang akan memiliki koleksi terbaru yang mana jenama jam ini memperkenalkan jam dengan warna hitam dan putih dipadankan dengan tali jam polished stainless steel bracelets.

Jam Tangan Claude Bernard

Budiey dah pun melihat koleksi terbaru ini dan Budiey dapat katakan di sini ianya cukup menarik dengan ultra high gloss yang menampilkan gaya sofistikated untuk lelaki yang mementingkan gaya yang smart kasual.

Mungkin ada di antara korang yang bertanya, apa keistimewaan lain jenama jam dengan koleksi Claude Bernard Classic Open Heart Automatic ni kan? Okay, selain diperbuat oleh pakar jam dari Swiss, di mana mutu pembuatan jam ini memang diperakui ramai pengemar jam seluruh dunia dan pembuatannya bukan calang-calang sebab ia menggunakan imaginasi yang tinggi supaya si pemakai akan rasa eksklusif.

Dengan open dial at 12 o’clock position serta tali jam yang bersinar-sinar itu memang cukup sempurna digayakan. Itu tak termasuk lagi dengan case yang transparent, memang cantek sangat-sangat. Ianya direka khas untuk zaman ini yang mana meriah dengan acara serta majlis. Tidak kiralah remaja dan dewasa, lelaki dan perempuan, semua gaya yang anda ingin kan sesuai dihiasi dengan jam tangan dari Claude Bernard.

Dengan jam bergaya mewah dari Claude Bernard membuatkan Budiey sentiasa menoleh ke arah jam. Nak tahu jam berapa dan mahu pastikan sentiasa berdisiplin dengan menjaga masa.

Dengan rekaan unik dari Switzerland, jenama Claude Bernard memang sesuai dipakai bila-bila masa sahaja dan sesuai dengan apa sahaja acara. Tambahan pula bila Budiey dapat tahu Claude Bernard melancarkan koleksi terbaru Chronograph yang lebih sporty. Dengan warna asas putih dan hitam menjadikan si pemakai lebih menarik dan elegan.

Budiey rasa seperti mimpi pula apabila dapat memakai jam tangan ini. Betullah, ia seperti mimpi yang diterjemahkan kepada himpunan jam tangan, begitulah koleksi jam tangan dari Claude Bernard.

Pelbagai warna yang elegan, corak dan reka bentuk yang boleh dipilih. Sesuai dengan apa juga gaya dan kemana sahaja. Puas hati pakai sebab harganya pun berpatutan setanding dengan mutunya.

Untuk anda yang ingin memilikinya, jam tangan Claude Bernard yang ohsem ni ada dijual di Parkson, Pavilion & IOI City Mall; Isetan, One Utama dan WatchMart Leisure Mall.

Tidak hairan koleksi jenama Claude Bernard menjadi pilihan buat penggemar jam tangan apabila ia lebih mampu dimiliki berbanding jenama terkenal lain.

Oh ya, jom follow Instagram @claudebernardmy #claudebernard

Selamat mengerjakan ibadah puasa dan menyambut Syawal yang bakal menjelang tiba dengan penuh barakah, keinsafan dan kemeriahan. Sambil bersuka ria, jangan lupa pada yang kurang bernasib baik.

Sekian dulu untuk kali ini. Bye Bye.

Tangan Claude Bernard

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Berjimat Cermat Lebih Mudah Dengan Skim U MicroCredit dari U Mobile

Telemovie BAWALAH AKU PULANG Lakonan Wan Sharmila